Saturday, October 31, 2009

ARRRRRRRGHHHH!

Bosannya hari ini. Huahhhhhh... bosan....huahhhhhhhhhhhhhhhhh



bilik guru SK.Bandar Sunway, Petaling Jaya. Sukar untuk senyum. Yang aku tahu hanyalah ketawa dan menangis...
Di dewan peperiksaan SK Siefield, USJ. UPSR 2009

Hadiah untukmu

Kuhadiahkan hati ini,
Kuhadiahkan keikhlasan tanpa dusta,
Kuhadiahkan padamu.

kamalia
9.56
31 Oktober 2009 Sunway

Rahsia Perasaan


Tika bumi menangis lewat senja tadi,

Hati ini turut sebak.

Hati ini turut sebak bila luka perasaan ini diselak.


Rabaknya masih basah,

Masih belum pulih benar.


Tika menahan pedih.. aku ikuti rentak titik -titik hujan yang menitis.

Cermin kereta dipenuhi manik kecil...

Hati aku juga sebegitu.


Kering sudah airmata.

Lalu kutaipkan sebaris kata...

Kutekan angka-angkanya.. lalu kuhantar.

Perasaanku berkata... kau juga manusia...


Kamalia merakamkan perasaannya.

9.44 malam

sabtu 31 Oktober 2009

Monday, October 26, 2009

OMBAK PERASAAN

LAut hati bergelora.
Hati bergelora tika bibir kugetap erat.
Gengam makin kuat meramas cadar hidup.
ADa gelombang bertandang dalm sepi yang memnjang.

Sejarah perasaan ulang-berulang.
Ulang-ulangan memutikkan bimbang.
Hati mula hilang tenang.'
Malam lena lewat benar siang bertandang.

laut hati yang diam.
Diam dari ombak yang menghempas pantai.
pantai itu kontang menunggu jawapan dari ombak.
Ombak menjauh membawa diri.

Bibir pantai ini kugetap makin kuat.
Ada tanda bahasa bergetar kuat.
Kubiar ombak perasaan menari mungikut irama hati.
Kubiar ombak rasa menghempas seluruh penjuru hati.

perhentiannku,
pantaiku,
Ombakku,
Bayu yng memyapa rambutku,
mungkin bukan di pantai sepi ini.

Ada takdir telah tertulis.
Ada ketentuan yang tidak mungkin hati kecil ini dapat berdalih.
Gembira berkunjung ke daerah sepi.
Ombak perasaan bergulung hanya sementara..
Tiba masa ia akan reda.. dan bibir akan terbuka... gembira..


Kamalia mencatat perasaannya. 8.28. sunway. 27 Oktober 2009

Saturday, October 24, 2009


Naik Basikal


Maaf... buat seseorang yang telah kulukakan hatinya.

Maaf ini untukmu,
Aku tahu hatimu luka,
Hatimu luka dengan kata-kataku.

Terlalu muda hubungan kita,
Sebelum berbunga dan menjadi buah biar kuundur diri,

Maaf dari hati,
Bukan niat menduga kasih,
cuma aku letih.
Ada novel panjang dalam diri ini yang tidak mahu aku kongsi.

Jika ada takdir menemukan kita.
Akan kuucapkan salam sahabat padamu.

Maaf lagi ....
Maaf dari hati.


Kamalia.
9,52 malam
Sunway

Saturday, October 17, 2009

Mentari menyapa....

ASSALAMUALAIKUM.

Assalamualaikum,
Assalamualaikum kepada penghuni pondok derita.
Pondok derita itu isinya hati-hati yang kecewa.
Hati-hati yang kecewa kerana terlalu lama seksa.

Assalamualaikum,
Assalmualaikum bahagia.
Bahagia yang tak mungkin akan diturunkan padanya.
Untuk apa diturunkaan padanya.

Assalamualaikum,
Salam dari bibir yang hatinya duka,
Hatinya duka, luka merah membara.
Pedih perit tiap kali tersenyum suka.


Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Salamku tidak disapa Sang Gembira.
Sang Gembira kian lupa pada kata-kata kota.
Kata-kata kota Sang Gembira hanya dusta.
Salam ku yang hina tidak dijawabnya juga.


Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Salam akan terus kulfazkan,
Salam akan terus kulfzkan sehingga ada yang sudi menjawab.


Assalamualaikum kepada kehidupan bahagia.


Ikhlas dri Kamalia.
Yang sering lupa apa itu erti bahagia.


Kamalia.
12.08.
18 Oktober 2009

Monday, October 12, 2009

Catatan

Sekalipun agak lama aku tidak menghasilkan sajak, namun setiap ada fikiran yang kelapangan, akan hadir kata-kata indah. Mencari ilham bukan sesuatu yang senang. jika lewat mencatat, ilham itu akan lesap.

Kerana itulah,kulit2 dalam, bahagian depan dan belakang buku yang aku perolehi sepanjang kursus dan bengkel ada saja kata-kata indah yang kutulis.

perasaan kita sentiasa berubah. bagaimana pula dengan perasaan kita bila kita bertemu dengan sesuatu yang mobile.. jadi .. datang sahaja ilham, bunyi katanya indah dan bermakna.. sebaiknya catat sahaja sebelum kita lupa. daaa

Bau Cinta

Ku fikir,
usia ini akan membuat aku lupa,
Lupa pada harumnya bau cinta.

Ku fikir,
usia yang meningkat ini akan membuat aku buta,
Buta pada palsunya janji manusia.

Ku fikir,
usia yang semakin meningkat ini akan membuat aku leka,
Leka dari mengesan bau-bau indah cinta.

Ada bau cinta yang hadir.
lalu aku hidu....




Kamalia
5.54
12 Oktober 2009

Pertemuan.

Ku langkah kaki,
ku menapak pada satu pertemuan.

Pertemuan yang dijanjikan.
Secawan kopi pekat dan bubur menjadi teman pertemuan.

Berbual sepanjang pertemuan,
Perbualan mengenai perasaan.

Soal dan jawap menghiasi pertemuan.
detik berdetik sepantas nadi denyutan.

Pertemua pagi itu terpaksa dihentikan.
Perpisahan dimaterikan.

Akan tiba lagi pertemuan demi pertemuan....


Kamalia.
5.48
12 Oktober 2009

Rindu padamu.

Bibir terkatup,
Ada rasa indah mengalir,
Mengalir dalam darahku yang merah.

Perasaan rindu ini,
sebaiknya aku perapakan ia?
biarkan?
lupakan?
simpan?
pendam?

bagai bergelombang,
bagai terbang jauh di awan,

Dari mana datangnya rindu ini?

kamalia.
5.42.
12 oktober 2009