Wednesday, January 27, 2010

Catatan

Awal pagi begini amat sesuai untuk aku membawa perasaan menyelami mimpi-mimpi yang berlangsung. Sikap manusia hari ini membuat aku banyak berfikir. duduk di antara suasana yang sibuk , melihat pelbagai aksi manusia, membuat aku didatangi kata-kata ... yang akan kuadun menjadi idea. aku adalah manusia yang suka memerhati gelagat manusia. Cuba menyelami setiap inci perasaan yang aku olah dari pelbagai sudut pandang. Perjalanan ini masih jauh, dan aku tidak akan berputus asa untuk mencatat dengan gaya aku sendiri.

daftar masuk ke neraka

Dunia dipenuhi laut manusia,
manusia yang zahir batinnya menghirup udara yang sama,
dalam jutaan ribu manusia yang bergerak meneruskan kehidupan,
aku fokuskan pemerhatian kepada hotel- hotel perasaan yang menyediakan perkhidmatan ke neraka.
Manusia mendaftar kamar kamar indah untuk melaksanakan dosa,
Kamar-kamar itu indah,
tilam maha empuk, cadar maha harum, penghawa dingin menuetralkan panas rasa.

Dua manusia itu, sudah mendapat kunci untuk menamu kamar itu,
Kamar yang sudah direncanakan untuk mereka,
Kamar yang menjadi studio rakaman aksi-aksi.
Angka yang tepat ditemui kunci.
Dipulas ke kanan , terbukalah suite indah..
bilik istimewa untuk aksi-adegan istimewa.

Kamera kawalan dari Tuhan sudah terpasang,
Pengawal peribadi tuhan menjadi perakam audi0 gerak aksi.

Dua manusia itu menjadi pelaku pada latar sempit itu,
Latar yang hanya mampu memuatkan perasaan -perasaan dan keinginan-keinginan yang ranggup.
Latar yang akan menjadi bilik sejuk yang akan membekukan segala kebaikan nilai yang diterap sejak lahir.
2 manusia itu;
ditemani perasaan.

Adegan di dalam kamar itu menyaksikan lakonan tanpa dialog,
Pelakunya hadir tepat pada masa.
Aksi berlangsung seperti yang direncana.
Aksi-aksi biasa manusia.

Manusia, 2 manusia itu melupakan sebentar ,






Mereka telah berdaftar ke neraka.






Kamalia mencatat.
2.57 pagi
28 jan 2010
Sunway

Tuesday, January 19, 2010

Dodoian Perasaan

Berayun buaian sepi,
hembusan angin mengayunkan buaian itu,
pohon besar yang mendukung buaian itu sabar menanti hadirnya dua pencinta.


Masa yang dinanti mula berbunga,
buaian mula berayun melagukan irama bahagia.
Pencinta mengayunkan yang dicintai,
ayunan manja melenakan yang dicintai,
tawa ria mencelah irama bahagia yang beralun romantis.
mata bertentang, bibir digetap, malu menyelinap.


Kemesraan itu diperhati dua pohon besar itu,
daun-daun kemesraan ditaburkan memeriahkan latar percintaan itu,
bunga-bunga restu mewangikan suasana.
Pencinta menyambut sekuntum bunga merah lalu diselit pada yang dicinta,
Senyum berlapis dengan tawa,
manis yang dicinta membuat Pencinta leka,
tanpa diarah buaian itu mengayunkan dua jiwa.

Buaian makin lemah berayun,
mata dari mata,
hati mula menulis rencana,
tangan mula meneroka,
sejuk menerpa,
dua anggota saling merasa cinta yang selama ini kata-kata cuma.
Oh, begini rasanya bahagia!


Kebahagiaan terus berlangsung,
kata-kata cinta menjadi cerpen cinta.
Kemesraan diukir menjadi arca,
Novel cinta begitu deras tercipta.

Kemesraan itu terhenti ,
Pencinta dan yang dicinta diheret masa,
berpisahlah mereka,
esok akan dimulakan lagi episod bahagia,
Episod-episod yang akan merakamkan jutaan aksi-aksi dan dialog cinta.



Kamalia merakamkan imaginasinya.



10.52 pagi
20 Jan 2010
Sunway

Monday, January 18, 2010

Rindu yang bertandang,
kupersilakan masuk berlawan pandang,
lemparkan renyuk kebimbangan,
kita berbicara ditemani sayang yang selama ini kita kutil dari kudis kenangan.

hujung jemari menekan-nekan kekunci mencari kamu,
minit kutempis, jam demi jam jemari ini menguis disebalik huruf berbaris,
usaha membuah jaya!

Rindu ini hanya bayang,
bayang membayangi bimbang,
bayang yang berlari sambil memerhati sempadan kasih,
sempadan yang kita bina dari waras pemikiran.


tiada dendam yang kusimpan,
tawamu menguntum riang,
sepimu membungkam kerisauan.
kita tetap teman menjadi kawan bersalam perasaan.
Perasaan yang tidak meninggalkan tapak,
Perasaan yang menapak dari hujung jemari yang menyentuh kekunci.

Hadirmu mengubat sepi yang mencari kesepian,
Kesepian yang menghembus kesunyian menjadi irama kesayuan.
Lupakan bisik-bisik yang membelai dengarku,
Kesepian bertemu kesunyian
Kesepian memandang kesayuan.
sepi dan sayu menjadi irama .
Irama yang terhenti-henti dan akhirnya terus terhenti.



Kamalia
7.00 pagi
19 Jan 2010
Sunway
Seawal 5 pagi,
jiwa ini bangkit,
insaf membukit,
gunung-gunung dosa ku kait meluruhkan ranum penyesalan
penyesalan selama ini kujadikan selimut menyelimuti sejuknya malam.
Jiwa ini bangkit menguis bukit-bukit, gunung-gunung insaf dosa.

Kutadahkan penyesalan,
Kubasahkan segala kotoran yang menzahir diri,
Kuhirup keinsafan, pintaku pada hati biarlah keinsafan ini abadi.
Kubersihkan kotoran yang melekat pada jiwa,
kubersihkan kebencian perasaan,
kutanggalkan dendam,
kutanggalkan saatu demi satu dengki hingga telanjang menjadi suci.
Kesucian menjadi putih bersih.

Kubentangkan sejadah kemapunan.
Tegak khusyuk sehingga bunyi darah mengalir jantung berdegup,
Puji-pujian, sanjung-sanjungan menjadi ayat memohon kemapunan,
kutunduk merayu memohon keampunan kurniakan keinsafan lahirlah penyesalan.
kuseliat kulit kulit yang mengukir dosa,
kuperah urat-urat yang memengalirkan ratahan murka,
Bicara ini haanya milik aku dan pencipta.
Sujudku dikakiMu....
kasihani hatiku,
kasihani jiwaku,
kasihani perasaanku,
kasihani bibirku,
kasihani senyumku,
kasihani lidahku,
kasihani jari jemariku,
kasihani seluruh yang ada padaku.


Ampun menyusul,
Keinsafan kukumpul lalu dibukukan menjadi sebiah antologi perasaan hiba,
Kurapatkan dada pada dada bumi ciptaanMu,
Kuluahkan segala pengalaman serong selama ini kukendong,
kubisikkan pada sunyi pagi ini ,
aku rindu dirindui
aku rindui belaian angin ciptaanMu mengusap manja hati ini,
aku rindui kalimah-kalimahMu menjadi syair menenagkan jiwa,
aku rindui seluruh kerinduan yang menenangkan gelodak perasaan.


Subuh ini, kubicarakan rasa perasaan,
rasa perasaan yang selama ini kubingkaikan dengan bingkai senyuman.
rasa perasaan yaang selama ini kutelan payah bersama perit penyesalan.
Perasaan ini berjuang untuk melahirkan keinsafan,
Keinsafan itu akan kudidik membentuk keperibadian.
Bimbingi aku,
Pandu aku menjadi tamu pinggir syurgamu.



Bicara perasaan ini berakhir,



Kamalia mencata perasaanya

6.29 pagi
19 Jan 2010
Sunway

Perasaan Merindu

Ada rindu yang membisik lembut dikupingku,
Rindu yang membisik kerinduan maha dalam,
Senyum berbunga, hati mula mengembang bahagia.

Detik berlalu. rindu makin merapat dada,
tiada lagi bisikan rasa, yang ada hanya pesanan-pesanan bahagia yang kaau lahirkan dari belaian kata.
Dada berombak,
Debar mengetarkan,
Mahu mula merayap, meramas jemari.
Senyum berbunga, hati mula berputik bahagia.

Masa lemah berlalu, pesanan-pesanan berahi melemahkan jarum yang menolak saat menjadi minit.
Dua hati lemas tika dada berombak.
Ombak yang datang bersama rindu pada mahu. rindu pada kemahuan, rindu memahukan.
Dua hati mula senyap, kata-kata yang dikulum mula ditelan.
Senyum berbunga, hati mula berbuah bahagia.


Adegan rindu terus berlangsung,
Rindu mula menjadi gunung mahu,
Berjauhan kalian jadi penyair rindu,
Kerinduan dihulurkan melalui pesanan-pesanan yang ditekan,
mesej sampai memuaskan kerinduan.
Senyum berbunga, hati mula memekarkan bahagia.

Ada ikatan yang mengikat jiwa,
halangan bukan lagi cabaran rindu bersama mahu.
Mahu dipeluk rindu.
Rindu didakap mahu.
Rindu bersatu memuas mahu.
Rentak tarian mahu dan rindu melahirkan perasaan.
Perasaan kecil yang membesar dari perasaan-perasaan yang diperhatikan.
Perasaan kecil yang indah menyatukan rindu dan mahu.


Indahnya kejadian yang mulanya dari desa perasaan.
menjalar ke kota mahu.
Kita semua ada rasa rindu dan mahu yang melahirkan puluhan malahan ribuan perasaan.
Jangan hilangkan rindu dan mahu.
Mekarkan dengan pujuk rayu.


Kamalia merakamkan perasaannya.

8.37 malam
18 Jan 2010
Sunway

Sunday, January 17, 2010

Curiga

Fikiran ini enggan lena,
kata-kata indah mula menyelak kamus fikiran,
aku diheret dari lena yang memelukku.

gebar, bantal dan dia kurelai dari pelukan,
ada perasaan yang perlu rakamkan,
lena dan bermimpi bukan lagi keutamaan,'
soalan-soalan yang datang perlukan pasangan.

mencari jawapan,
menyoal soalan,
soalan yang sama diurakan,
jawapan kembali menjadi soalan.

kata-kata yang hadir ini memaksa aku menyelak kamus makna,
makna yang kucari mungkin sudah berdengkur tika ini di atas gebar empuk,
makna yang kucari mungkin sedang diuntai menjadi mimpi indah,
muziknya, dengkuranmu.

Curiga ini mencari makna,
Ia akan terus menyoal sehingga jawapan bergolek padanya.

Jaga membawa aku jauh dari lena,
lena sudah lama menjauh.

Aku akan terus menyoal,
curiga akan terus mengisi diari fikiranku.

maafkan ku perasaan menganggu lenamu.
mimpi mungkin sedang menantimu.
kuundur diri.....





kamalia mencatatkan perasaan curiganya.


1.03
18 Januari 2010
sunway

Friday, January 15, 2010


Bonda


Kamalia


Senyuman

Sekuntum senyuman yang kuukirkan,
menghiasi bingkai-bingkai perasaan penatap.

Izinkan aku seketika bertandang,
Menguntumkan senyum .

Izinkan aku sedetik menitis manisnya senyum itu,
di pinggir pagar perasaanmu.

Sekuntum senyum yang tiada berbau,
cukuplah sekadar indah ditatap.

Sekuntum senyuman itu kaku,
membeku dan hanya menunggu waktu untuk layu.

Senyuman ini kepada yang sudi menatap.



Kamalia.
12.48 malam
15 Jan.2010
sunway

Berdosakah perasaan?

Monday, January 11, 2010

Merasa Perasaan

ada degup
ada getar
ada rasa yang merayap.
ada rindu yang membisik,

membisik rangkap-rangkap rasa,
membisik mahu yang beribu,

ada khabar yang dipetik,
ada bunga yang diselit pada nesan perasaan.

kedinginan itu kita panas,
hidangan rasa yang kita hidang,
hidangan rasa yang adunkan,
memberi rasa pada perasaan.

Perasaan merasa kata-kata,
Perasaan merasa nada-nada,
Perasaan merasa intonansi yang bergetar,
Perasaan merasa debar -debar,
Perasaan merakam .


Perasaan merasa rasa perasaan.



Kamalia mencatat perasaannya.
7.38 pagi.
sunway PJS 7
12 janauri 2010

Saturday, January 9, 2010

Kembali menyeri laman blog.

Demam denggi buat aku jadi lemah untuk menulis. Sendi-sendi masih lemah walau hampir 3 minggu selepas demam berkurangan. Masih lemah lagi.. namun kata-kata indah tetap hadir...kelak akan kunukilkan.