Friday, December 23, 2011

MUARA USIA

Tebing bibir
Aur doa
Rimbun rumpun puji
Membujuk kerinduan
Memputik pada ranting iman
Belum mengkal untuk kusujud pada dadaMu.

Ingin berlari
Mengejar bebayang
Mengutip kerangan kilaf
Menebus janji di pajak leka
Terdayakah ku mengejarnya?

Bilah sang suria
Menghiris merah saraf akal
Mengalir darah merah ke sungai sesal
Maha kontang
hanyut ke pusara putih
Tika deru mendesah
Membelah batu kedegilan
Menghempas banir kesombongan
Sungai nyawa itu terus menghanyutkan segala
Kebodohan
Keangkuhan
Kejahilan


Hanyutlah!
Hanyutkanlah!
Biar semuanya berkumpul di muara usia!

Lemas
Terkontang-kantinglah kita yang asalnya segumpal darah
9 purnama dikandung bonda
Celik mata melihat dunia
Telinga diazan kata-kata mulia
Angkuh merejang lantai dunia


Di muara usia
Mampukah kita berlari ?

Berlari ke dadaMu

Kamalia,
8.14 pagi,
15 Dis 2011,
Changkat Perah, BK, PERAK

Saturday, December 10, 2011

MANUSIA

Manusia perancang,
Matanya melihat apa sahaja,
mulutnya menyebut apa yang disuka,
Hatinya berbisik pelbagai rasa.

Rancangan manusia,
hanya sekeping kertas kerja dasar,
Di bawa ke mesyuarat fikiran,

Otak hati jadi pengerusi,
Hati jadi timbalan pengerusi,

Mata,mulut, telinga dan hati bersidang,
Usul, bantahan, sokongan dilemparkan,
Mengangguk tanda setuju,
Geleng walau hati mahu.


Jangan lupa, setiausaha mesyuarat adalah raqib dan atib!

julai
2009