MidahJunid
Thursday, January 19, 2012
Thursday, January 5, 2012
Friday, December 23, 2011
MUARA USIA
Tebing bibir
Aur doa
Rimbun rumpun puji
Membujuk kerinduan
Memputik pada ranting iman
Belum mengkal untuk kusujud pada dadaMu.
Ingin berlari
Mengejar bebayang
Mengutip kerangan kilaf
Menebus janji di pajak leka
Terdayakah ku mengejarnya?
Bilah sang suria
Menghiris merah saraf akal
Mengalir darah merah ke sungai sesal
Maha kontang
hanyut ke pusara putih
Tika deru mendesah
Membelah batu kedegilan
Menghempas banir kesombongan
Sungai nyawa itu terus menghanyutkan segala
Kebodohan
Keangkuhan
Kejahilan
Hanyutlah!
Hanyutkanlah!
Biar semuanya berkumpul di muara usia!
Lemas
Terkontang-kantinglah kita yang asalnya segumpal darah
9 purnama dikandung bonda
Celik mata melihat dunia
Telinga diazan kata-kata mulia
Angkuh merejang lantai dunia
Di muara usia
Mampukah kita berlari ?
Berlari ke dadaMu
Kamalia,
8.14 pagi,
15 Dis 2011,
Changkat Perah, BK, PERAK

Saturday, December 10, 2011
MANUSIA
Manusia perancang,
Matanya melihat apa sahaja,
mulutnya menyebut apa yang disuka,
Hatinya berbisik pelbagai rasa.
Rancangan manusia,
hanya sekeping kertas kerja dasar,
Di bawa ke mesyuarat fikiran,
Otak hati jadi pengerusi,
Hati jadi timbalan pengerusi,
Mata,mulut, telinga dan hati bersidang,
Usul, bantahan, sokongan dilemparkan,
Mengangguk tanda setuju,
Geleng walau hati mahu.
Jangan lupa, setiausaha mesyuarat adalah raqib dan atib!
julai
2009

Monday, October 10, 2011
SAJAK.BUNGA KEMERDEKAAN
Bunga bangsaku,
Tataplah luas langit merdeka,
Di sana tercatat nama-nama satria,
Tumpah darahnya demi kita semua hari ini.
Guruh bedil,
Petir meriam,
Hujan peluru,
Lumat tubuh mereka,
Darah merah sungai Malaya,
Namun berkembang mekar semangat mereka.
Pusarakan nama mereka di hati kita,
Sirami air mawar dari geluk air mata insafm
Bersyukurlah, kita lahir, dan tumpah darah kita di sebuah negara merdeka.
Duhai bunga-bunga bangsa,
Mekarlah kalian,
Bajailah bumi subur Malaysia dengan cinta,
Jangan sesekali kita sengaja leka,
Membiarkan negara binasa.
Kemerdekaan ini hadiah untuk kita,
Kemerdekaan ini amanah buat kita,
Kitalah pewaris pusaka bangsa.
Jika sebelum merdeka ,
Anak muda mati di tembak penjajah,
Janganlah hari ini, anak muda kita mati kerana dadah.
Jika sebelum merdeka,
Anak muda mati terhunus keris di dadanya,
Janganlah hari ini, anak muda kita mati merempit di jalan raya.
Jika sebelum merdeka,
Anak muda kita, gigih berusaha,
Janganlah hari ini, anak muda kita gagal periksa.
Jika sebelum merdeka,
Anak muda kita riang suka bermain bersama.\
Janganlah hari ini, anak muda kita bersengketa bermasam muka.
Duhai anak-anak merdeka,
Hargailah setiap detik kemerdekaan yang kita sedut,
Junjunglah kemerdekaan ini,
Tataplah langit merdeka luas terbentang,
Ia menanti kita , untuk kita coretkan sejarah indah di bumi MERDEKA ..MALAYSIA.
Kamalia.
6.05 pagi.
11 Ogos 2011.
Sunway.

HAIKU: RETAK RAMADHAN
RETAK RAMADHAN
Dengkur terhenti,
Kalok mengejutkan jaga,
Menjamah sahur.
Niat disemai,
Berpuasa esok hari,
Lapar dahaga.
Jagalah mata,
Degupan jantung bertasbih,
Panahan surya.
Pagari nafsu,
Bebunga zikir berkembang,
Mencantum retak.
Ramadhan ini,
Tabur benih keinsafan,
Jerami hati.
Tuailah rindu,
Jelapang nur keampunan,
Membanting doa.
Kamalia,
6.19 pagi,
6 Ogos 2011,
Sunway
Dengkur terhenti,
Kalok mengejutkan jaga,
Menjamah sahur.
Niat disemai,
Berpuasa esok hari,
Lapar dahaga.
Jagalah mata,
Degupan jantung bertasbih,
Panahan surya.
Pagari nafsu,
Bebunga zikir berkembang,
Mencantum retak.
Ramadhan ini,
Tabur benih keinsafan,
Jerami hati.
Tuailah rindu,
Jelapang nur keampunan,
Membanting doa.
Kamalia,
6.19 pagi,
6 Ogos 2011,
Sunway
PANTUN
Santan bukan sembarang santan,
Santan kelapa putih warnanya,
Bulan bukan sembarang bulan,
Ramadhan bulan membersih jiwa
Santan bukan sembarang santan,
Santan kelapa putih warnanya,
Bulan bukan sembarang bulan,
Ramadhan bulan membersih jiwa
Pohon kelapa tumbuh merendang,
Tempat tempua tumpang berteduh;
Ramadhan mulia penyuluh terang,
Pengubat jiwa menghilang keluh
Pohon kelapa di tepi padang,
Buahnya lebat masak setandan,
Bulan mulia sudah bertandang,
Perbanyak ibadat tingkat amalan
OLEH KAMALIA 2011
Santan kelapa putih warnanya,
Bulan bukan sembarang bulan,
Ramadhan bulan membersih jiwa
Santan bukan sembarang santan,
Santan kelapa putih warnanya,
Bulan bukan sembarang bulan,
Ramadhan bulan membersih jiwa
Pohon kelapa tumbuh merendang,
Tempat tempua tumpang berteduh;
Ramadhan mulia penyuluh terang,
Pengubat jiwa menghilang keluh
Pohon kelapa di tepi padang,
Buahnya lebat masak setandan,
Bulan mulia sudah bertandang,
Perbanyak ibadat tingkat amalan
OLEH KAMALIA 2011
SAJAK
RESAH
Terbawa-bawa,
Lakaran takdir,
Kanvas fikiran.
Mampukah aku,
Mengafan hasrat,
Mengusung impian,
Menjenazahkan cita.
Resah mendesah,
Keluh berdentum,
Risau meracau,
Bimbang bertandang,
Bercambah di para hati,
Bertunas di pangkin takdir,
Tumbuhkah?
Bercapik ,
Bertongkat,
Mengekor angin,
Guruh berdentum,
Petir menyambar,
Akan redakah resah?
Kamalia,
6.31 pagi,
17 Ogos 2011,
Sunway
Terbawa-bawa,
Lakaran takdir,
Kanvas fikiran.
Mampukah aku,
Mengafan hasrat,
Mengusung impian,
Menjenazahkan cita.
Resah mendesah,
Keluh berdentum,
Risau meracau,
Bimbang bertandang,
Bercambah di para hati,
Bertunas di pangkin takdir,
Tumbuhkah?
Bercapik ,
Bertongkat,
Mengekor angin,
Guruh berdentum,
Petir menyambar,
Akan redakah resah?
Kamalia,
6.31 pagi,
17 Ogos 2011,
Sunway
Friday, October 7, 2011
HAIKU: KERUH KERINGAT
KERUH KERINGAT
oleh Midah Junid pada pada 21hb September 2011 pukul 12.46 pagi
Hujan dan malam,
Titis monsun membisikkan,
Rintik gelora.
oleh Midah Junid pada pada 21hb September 2011 pukul 12.46 pagi
Hujan dan malam,
Titis monsun membisikkan,
Rintik gelora.
HAIKU:SEPERDU AKAR
PENGHUNI AKAR
oleh Midah Junid pada pada 21hb September 2011 pukul 1.07 pagi
Seperdu bangsa,
Akarnya menggengam bumi,
Menunjang alam.
Kamalia,
1.06pagi,
21 september 2011,
Sunway.
oleh Midah Junid pada pada 21hb September 2011 pukul 1.07 pagi
Seperdu bangsa,
Akarnya menggengam bumi,
Menunjang alam.
Kamalia,
1.06pagi,
21 september 2011,
Sunway.
HAIKU: DINDING MALAM
DINDING MALAM
oleh Midah Junid pada pada 21hb September 2011 pukul 1.24 pagi
Ketukan itu,
Mengejutkan lena malam,
Dinding malammu.
Apa kau mahu?
Hitam menyoal tamunya,
Warnakan aku.
kamalia,
1.21 pagi.

Sajak HAIKU.Sajak dari Jepun. Bentuknya 3 baris serangkap. 5,8, 5 sukukatanya.
SELONGKAR
oleh Midah Junid pada pada 27hb September 2011 pukul 6.55 pagi
Sedang selongkar,
Renyai menyelimutiku,
Tarian masa.
Kamalia,
6.54pagi,
27September 2011,
Sunway.
oleh Midah Junid pada pada 27hb September 2011 pukul 6.55 pagi
Sedang selongkar,
Renyai menyelimutiku,
Tarian masa.
Kamalia,
6.54pagi,
27September 2011,
Sunway.
LIRIK LAGU DANGDUT
KEKASIH HATI
oleh Midah Junid pada pada 15hb Ogos 2011 pukul 8.26 pagi
Mahu tahu?
Jika aku bilang....aku ada kekasih hati.
Kekasih hatiku,
Ada disitu,
Tersenyum...memandangku.
Kekasih hatiku,
Sedang menunguu..
Menunggu aku..datang padanya.
Sabar..
Sabarrr..
Sebentar lagi aku akan tiba,
Pegang..pegang tangan kamu.
cubit..cubit pipi kamu.
Kamu... kekasih hatiku..............
Sebentar..

kamalia,aka Midah Junid
8.24pagi,
15 Ogos 2011,

RIBUT ASMARA
oleh Midah Junid pada pada 20hb Ogos 2011 pukul 6.34 pagi
Berdebar...
Ada....... bayu menyapa... pipi...
kutahu...
Ribut asmara sedang .....melanda....
Bergoyang..goyang...
Dedaun di taman cinta..
Ribut asmara menge..garrrr..dunia.
Jiwa-jiwa...
mula diterbangkannnnnn CINTAaaa.......(2x)
Ribut asmara......
Satu kuasapun tak kan mampu menghalangnya....
Bercinta,
dicinta,
Menyinta.....
Ributttt..asmara...
Jiwa-jiwa...
mula diterbangkannnnnn CINTAaaa.......(2x)
Berdebar...
Ada....... bayu menyapa... pipi...
kutahu...
Ribut asmara sedang .....melanda....
Kamalia,
6.33 pagi,
20 Ogos 2011,

ANGIN RINDU
oleh Midah Junid pada pada 22hb Ogos 2011 pukul 5.50 pagi
Kuhembuskan rindu,
Pada angin lalu,
Kerna kutahu,
kau sedang merindu.
dada berdebar,
Makin tak sabar,menunggu saat bertemu.
berdebar..
Berdebar..
Berdebar-debar.....
Dielus angin ...........rindu.
Datanggg padaku,
Ubati kerinduan.
Angin rindu,
Angin rindu,
menderu.....
Bisik padaku..siapa yang merindu..
berdebar..
Berdebar..
Berdebar-debar.....
Dielus angin ...........rindu.
dada berdebar,
Makin tak sabar,
menunggu saat bertemu.
Angin rindu,
Angin rindu,
menderu.....
Bisik padaku..siapa yang merindu..
Kamalia,
5.49 pagi,
22 Ogos 2011,

LIRIK LAGU DANGDUT UNTUK DIJUAL.
MALAM
oleh Midah Junid pada pada 22hb Ogos 2011 pukul 12.24 pagi
Malam-malam begini,
Kumimpikan kamu,
berdua...
berdua...
kita berdua.
\
Samar...
Samar.....
di bawah cahaya..
pur....na...ma.
Malam-malam begini,
dingin bersama.
Bulan..renjiskan restu...
pada sejuk embunmu.
Malam-malam begini,
Kumahu kau di sisi,
temani aku,
menghitung bintang beribu.
Temani aku,
Temani aku,
Hiburkan aku..
malam-malam begini.
Malam-malam begini,
Kumimpikan kamu,
berdua...
berdua...
kita berdua......
Samar...
Samar.....
di bawah cahaya..
pur....na...ma.
Ingin aku.......
Terlena disisimu.....
malam-malam begini.
malammmmmmmmmm.
Kamalia,
12.21 malam,
22 Ogos 2011,Sunway

JOGET BERJAUHAN
Sunting
JOGET BERJAUHAN(LIRIK)
oleh Midah Junid pada pada 02hb Oktober 2011 pukul 10.55 pagi
Jauh-jauh di mata,(2x)
Dekat di hati terkenang-kenang.(2x)
Joget mari berjoget,(2x)
Semakin jauh semakin sayang.(2x)
Orang dirindu jauh di sana,(2x)
Entah kan bila dapat ku pandang.(2x)
Joget mari berjoget,(2x)
Semakin jauh semakin sayang.(2x)
Jangan mengeluh sedih dan bimbang,(2x)
Diizin Allah mata akan bertentang.(2x)
Joget mari berjoget.(2x)
Semakin jauh semakin sayang.(2x)
Jaga adab tertib berkawan,(2x)
Agama hukum jangan gadaikan.(2x)
Joget mari berjoget.(2x)
Semakin jauh semakin sayang.(2x

Koleksi Lirik-lirik lagu..
JOGET MEMIKAT
Pandang telah kupandang,
Seraut wajah manis berseri,(2x)
Hati merindu asyik terkenang.
Si gadis ayu menawan hati.(2x)
Memikat..ingin kupikat,
Bilakah saat dapat kudekat.(2x)
Berdebar jiwa asyik teringat,
Siang dan malam senyum sendiri,(2x)
Kepada bonda kuaju hasrat,
Kirim utusan pengganti diri,(2x)
Memikat, ingin kupikat,
Bilakah saat dapat kudekat.(2x)
Cincin disarung dijari manis,
Dara tersenyum tanda setuju,(2x)
Menunggu saat mawar direnjis,
Sanak saudara memberi restu.(2x)
Memikat..ingin kupikat,
Saat bahgia semakin dekat.(2x)
Tersenyum simpul dua mempelai,
Atas pelamin di hias indah,(2x)
Suami isteri telah dimeterai,
Berbahagia kita jangan berbalah.(2x)
Memikat, ingi kupikat,
Si gadis ayu telah kudapat.(2x)
Kamalia,aka Midah Junid aka MJ
10.38 pagi,
3 Oktober 2011,
Sunway.
Pandang telah kupandang,
Seraut wajah manis berseri,(2x)
Hati merindu asyik terkenang.
Si gadis ayu menawan hati.(2x)
Memikat..ingin kupikat,
Bilakah saat dapat kudekat.(2x)
Berdebar jiwa asyik teringat,
Siang dan malam senyum sendiri,(2x)
Kepada bonda kuaju hasrat,
Kirim utusan pengganti diri,(2x)
Memikat, ingin kupikat,
Bilakah saat dapat kudekat.(2x)
Cincin disarung dijari manis,
Dara tersenyum tanda setuju,(2x)
Menunggu saat mawar direnjis,
Sanak saudara memberi restu.(2x)
Memikat..ingin kupikat,
Saat bahgia semakin dekat.(2x)
Tersenyum simpul dua mempelai,
Atas pelamin di hias indah,(2x)
Suami isteri telah dimeterai,
Berbahagia kita jangan berbalah.(2x)
Memikat, ingi kupikat,
Si gadis ayu telah kudapat.(2x)
Kamalia,aka Midah Junid aka MJ
10.38 pagi,
3 Oktober 2011,
Sunway.
Friday, July 1, 2011
SEKITAR PERSIAPAN HARI KANTIN YANG AKAN DIADAKAN PADA SABTUM 2 JULAI 2011
Wednesday, May 18, 2011
Thursday, December 2, 2010
Friday, October 8, 2010
Kamus Malam
Bicara kita lewat malam itu mengundang kepulan awan mendung pada langit perasaan.
Rintik-rintik kata yang kubaca mengocak dasar kolam jiwa,
Air mata bergenang kutahan dari tumpah pada cadar perasaan.
Malam asalnya hitam itu penuh dengan kata-kata soal,
Ku tatap dada malam yang diselimuti awan impian,
Kubisikkan pada langit malam kesayuan,
Kusandarkan kesedihan di kaki langit malam,
Malam makin mendung dihiasi awan yang penuh dengan titis duka.
Warna malam yang hitam menyembunyikan kesedihan,
Kucoretkan segala kenangan pada hamparan malam yang sentiasa menanti,
Malam makin mendung mengendong keperitan .
Pahit perasaan kutelan menerobos ke kerongkong kamus kenangan,
Bertambahlah kata-kata sayu yang akan melengkapkan lagi kamus perasaan.
Sesekali dalam kelam malam itu kuselak mencari sinar,
Malam ini aku sedar, malam akan terus hitam dan selamanya akan hitam.
Namun, akan kucoretkan jua segala lambang perasaan pada dadamu malam.
Dada malam berombak,
Guruh mengetarkan lena,
Kilat memercikkan sinar pada latar kelam malam,
Mendung memuntahkan air mata.
Malam menangis menanti untuk menangis lagi.
Kamus perasaan melahirkan kata-kata yang kudakap sepanjang malam.
Kamalia,
9.04 pagi,
9 Oktober 2010,

Wednesday, October 6, 2010
Perasaan Berbicara
Malam menghamparkan sebidang perasaan.
Hamparan itu membolehkan aku menghidangkan perasaanku.
Malam yang sunyi.. meneman perasaan ini berbicara,
Perasaan mencipta angan-angan yang diwarnai kuntuman kepuasan.
Aku sering memilih malam untuk aku berbicara denganmu perasaan.
Perasaan siang hari aku kubentangkan di dada malam.
Kesunyian malam mendodoi perasaan ini,
Ketenangan malam meraba kenangan,
Kenangan berbunga mengharumkan perasaan.
Malam ini akan kunukilkan lirik indah untuk kudodoikan mimpimu.
Lenalah.. akan kuselimutkan dengan tenunan kata-kata indah.
Lenalah.. akan kuhembuskan panas nafas kerinduan.
Mimpi malam ini akan kuhiasi dengan warna-warna indah,
Muzik lembut akan menemanimu sepanjang malam.
Dada malam ini,
akan kuhias dengan ribuan bintang,
Indahnya tatkala perasaan berbicara,
malam indah berwarna.
Kamalia menemani perasaan berbicara
11.36 malam
6 Oktober 2010,
sunway

Tuesday, September 28, 2010
Sunday, September 26, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Sunyi...
Irama sunyi mula menitik dari gupalan perasaan,
Hitam malam memadamkan lagi bayang perasaan ,
Aku sendiri menempuh malam yang malas berputar.
Resah mengundahkan!
Sepi menjadi hidangan kesunyian.
Ketawa aku sebentar tadi hanyalah sekerdip bintang berkelip,
Sunyi ini mengutus warkah kosong pada perasaan.
Perasaan bertambah kosong!
Kesepian ini memerah resah.
Keselimuti malam dengan kesunyian,
Hitam bertambah hitamnya,
Kubisikkan pada malam..... sunyinyaaaaaaaaaaa.
Kamalia.
9.53 malam
22 Sept 2010.

Subscribe to:
Posts (Atom)