RESAH
Terbawa-bawa,
Lakaran takdir,
Kanvas fikiran.
Mampukah aku,
Mengafan hasrat,
Mengusung impian,
Menjenazahkan cita.
Resah mendesah,
Keluh berdentum,
Risau meracau,
Bimbang bertandang,
Bercambah di para hati,
Bertunas di pangkin takdir,
Tumbuhkah?
Bercapik ,
Bertongkat,
Mengekor angin,
Guruh berdentum,
Petir menyambar,
Akan redakah resah?
Kamalia,
6.31 pagi,
17 Ogos 2011,
Sunway
No comments:
Post a Comment