Sunday, May 31, 2009

Rakaman Perasaanku

Saat ini,
Ku mendengar zikir rayu hamba hamba ciptaanMu.

Saat yang beredar menggerakan jarum minit fikiranku;
saat bergerak ke kanan,
akhirnya bertemu semula dipermulaan.

saat ini kurakamkan perasaanku,
pada wajah-wajah yang kusayang:
Bonda tuaku yang batuk-batuk,
Suamiku yang sedang lena,
anak-anak lelakiku yang lena dalam kepenatan.

Orkestra alam menghayun perasaanku.
kamalia.5.02 pagi. Changkat perah,1 jun

Saturday, May 30, 2009

Wajah-wajah Perasaanku.

Sepanjang perjalanan usia ini,
banyak benar wajah-wajah,

Wajah-wajah:
indah,
menenangkan,
membahagiakan.

mohd wafiyuddin al-awal dan mohd waqiyuddin at-thani bin musa

Raouf Taqiyuddin At-Talith bin Musa

Jamuan 29 mei 2009

Perasaan Ibu

Senyum seorang ibu,
ibu yang melahirkan,
ibu semua perasaan.


Senyum seorang ibu,
ibu yang membesarkan,
ibu menyimpan semua perasaan.

Senyum seorang ibu,
ibu yang mengajar pengalaman,
ibu penuh pengalaman.

Kini,
aku ibu,
ibu semua perasaan,
ibu yang menyimpan segala pengalaman,
jalan ibu...kini aku laluinya.

Kamalia . 6.50petang.30 Mei

Bonda Tercinta. Che Siah Mahmood

Friday, May 29, 2009

Bersama anak pertama dan anak ketiga di Air Terjun Sungai Gabai

Rakaman Perasaan

Menoleh ke kenangan,
menoleh pada kenangan,
menoleh daripada kenangan.

Kenangan yang kurakamkan:
senyum, tawa dan tangis dalam fikiran.

Masih jelas kuingat,
siapa?
apa?
bila?
mengapa?
dan bagaimana aku;
senyum,
tawa,
menangis.

Kamalia. 29 mei 2009


Ku Antologikan perasaan

Undangan, jemputan silaan ke suatu pertemuan,
Tempat indah yang dihiasi mahu yang parah,
Fikiran dan perasaan menerpa ke pertemuan itu,
Bilik maha cantik,
perbaringan amat lembut,
Suasana indah dan sejuk,
Fikiran dan perasaan sudah kian lama eram

tanpa tangan,fikiran dan perasaan mencari rasa,
tanpa apa-apa , fikiran dan perasaan merai rasa,
Fikiran dan perasaan menikmati keindahan.

Ada bunyi yang patut berbunyi,
Ada kata yang patut berkata,

tawa jadi bahagia,
bahagia membahagia,
korban terkorban,
pengorbanan fikiran dan perasaan.



Kamalia.
1.53 am,30 mei 2009(edited)
Asal-29 mei...sunway

Friday, May 8, 2009

Ku Antologikan perasaan


Tetes

Pilu apakah rasa tika tetes menetes,

tetes diperah dari empangan jiwa yang kontang,
apa lagi yang mampu keperah?
lalu kugantikan darah....

Teteslah...
meneteslah..
Mengalirlah...
Meresaplah...
Meresaplah ke dasar pusara hatiku,
Tenggelamlah ke lembah derita,
Suburkan pohon-pohon lara,
Biar tunas sengsara mekar,
Berputiklah kuntum kata...
Yang patahnya hanya duka
Senyumlah dalam jiwa
Takdir tentuan insan tidak sama
ada ketawa ada berduka.

22Nov 2005 4:20 petang. Desa Hormat, PJ