Aku...kamalia
Senyumku...tidaklah seindah lakaran pelukis terkenal,
Namun senyumku ikhlas dari hati.
Tika aku bersedih,
akan kutatap senyumku dicermin,
lalu kukatakan pada diriku:
Aku masih mampu hidup!
Selagi aku masih mampu tersenyum.
dan aku amat bahagia..jika aku dapat ketawa.
Ketawa buatku rasa muda,
Ketawa buatku rasa bahagia,
Ketawa akan buat aku lupa,
Aku akan lupa:
pada catatan-catatan duka,
pada bau-bau lara,
pada basah air mata.
Aku akan terus senyum dan ketawa.
kamalia.
11.43.
30 Julai,
2009
No comments:
Post a Comment