Wednesday, August 19, 2009

Antioksidan

Kita adalah pengguna yang menggunakan produk-produk yang dipasarkan dalam pasaran. Sebagai pengguna kita harus bijak. istilah antioksidan sering kali kita dengar di papan iklan serta iklan-iklan di televisyen.

Anda tahu apa itu Antioksidan?
Antioksidan adalah bahan ataupun khasiat makanan yang akan mengurangkan atau mengelakkan oksidasi disebabkan oleh radikal bebas. Ia( antioksidan) dalam makanan atau minuman yang kita ambil akan memberi perlindungan oksidasi kepadaa tubuh.

Antioksidan bersumberkan makanan seperti Vitamin C,E, Betakarotin, selenium, ion hidrogen akan meneutralkan dan menjadikan radikal bebas tidak merbahaya kepada tubuh.

Menurut Persatuan Diatetik Amerika, antioksidan berperanan dalam meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan risiko jangkitan barah.

Antioksidan jua dikaitkan dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan memperlambatkan penuaan. Sayur, buah dan ulam-ulaman memang sudah sinonim dengan konsep awet tua di negara kita.

Apa yang berlaku di dalam tubuh jauh dari jangkauan pandangan kita. Hanya tuhan yang mengetahui. Dan setiap apa yang dicipta secara alami telah mempunyai khasiat pada tubuh.

Pencemaran, bahan perasa, bahan pengawet, racun serangga dan pelbagai bahan kimia dewasa ini menyebabkan tubuh semakin lemah melawan penyakit. Jadi ubahlah gaya pemakanan dan gaya hidup kita. Anda mampu mengubahnya!

No comments: