Hari ini ku datang awal ke sekolah untuk memasukkan markah. Badan masih lemah, lenguh dan sengal-sengal terutama pada sendi-sendi. Bahagian belakang terasa mencucuk-cucuk sakitnya.
Badan begitu cepat terasa haus. Perut juga begitu cepat lapar. Apakah yang berlaku dalam tubuhku ini. Tanda-tanda ini sama sahaja dengan beberapa orang rakanku.
Apabila ubat masuk sahaja kedalam tubuh, badan akan menjadi lemah. Sebaiknya berbaring sahaja. Lena pula akan diulit dengan mimpi-mimpi yang melekakan. Teringat aku ada satu kuliah di Sungai Petani mengenai halunisasi. Halunisasi akan berlaku jika tubuh terdedah pada pencemaran.
Pelik benar lena-lenaku kebelakangan ini. Kubermimpi sesuatu yang dahsyat. Terjaga sahaja, badan jadi amat lemah. Apalah yang sedang sel-sel dalam tubuhku ini sedang alami.
Kerisauan makin merisaukan! Namun, tugas harus dilaksanakan
No comments:
Post a Comment