Lewat jam 1030 pagi ini, kukongsikan ilmu bersama sekumpulan mereka meraka yang perlukan ilmu .Ilmu apakah itu?
Sesugguhnya selama ini kita buta,
atau kita sengaja membutakan mata,
fakta berita ditulis dan dibaca,
Tapi tidak satupun memasuki kepala.
Usia akan makin menziarahi tua,
Apa bekalan kita untuk masa tua,
Makanan yang ditelan kekalkah lama,
Minuman yang diteguk cukupkah menghilang dahaga.
Berada di kalangan yang mahu berjaya,
Berada di kalangan yang mahu ilmu di timba,
Berada di kalangan yang mahu berubah gaya mindanya,
Berada di kalangan yang menghargai setiap detik nyawa.
Ilmu itu pagar jiwa raga,
Pencari ilmu kecintaan yang Maha Esa,
Tapi kita sering lupa,
bangga pada jenama yang entah apa-apa,
Akhirnya siapa kaya?
Akhirnya siapa jadi mangsa.
Suara kecil ini makin bergema,
Nasihat dan pesanan takkan berhenti kujadikan nota kepada:
Saudara- saudara,
Saudari-saudari,
adik adik,
kakak-kakak,
nenek-nenek,
datuk-datuk.
Kamalia.
1.43 p.m
Kepala Batas
No comments:
Post a Comment