Thursday, September 24, 2009

MESIN AIR COCA COLA

Tengahari semalam memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan jadi agak lewat kerana kami bergerak dalam kumpulan. Destinasi tujuan adalah ke Hospital Tengku Ampuan aFZAN. Anak buah suami dimasukkan ke wad kerana mata dan kulit menjadi kuning. Selepas menziarah, aku meneruskan perjalanan.

Tiba di sebuah hentian, mata ku tertumpu pada sebuah mesin air Coca Cola yang tingginyahampir 6 kaki. Ada 3 0rang budak sedang melihat-lihat mesin itu. Tika itu, angka 2pH, dan kandungan gula serta kesan daripada air coca cola itu meresap ke dalam fikiran. Harap-harp mesin itu rosak.

Si bapa datang, cetek benar ilmu pengetahuan walaupun berkereta mewah! kata hatiku.

SYUKUR, MESIN ITU ROSAK..... tapi 4 beranak itu kelihatan amat kecewa.

No comments: