Tuesday, December 22, 2009

perasaanku berkata..

3 hari terlantar..lalu perasaanku berkata..

ketuaan makin rapat di kamus usia,
kau hitunglah amalan-amalanmu..
Setua usia kitakah?



Perasaan begitu memahami aku.
Aku juga memahamimu.





kamalia.8.52
selasa....dis 09

Monday, December 14, 2009




Keliru

Aku keliru















Kamalia
11.08
14 dis 09
sunway



Kenangan dan Perasaan

Beberapa hari lepas, kutemu kenangan.
Kenangan yang bernama,
Kenangan yang bermata,
Kenangan yang kini baru bersuara.

Kenangan hadir dalam perasaan.
Kenangan menceritakan segala yang dikenang.
Aku dan kenangan berbual,
perbualan antara papan kekunci, monitor dan perasaan.

Kenangan membawa aku ke latar fakulti,
Kenangan membuat aku berada di latar lalu.
Kenangan mencuit senyumku...

Kita sahabat kenangan.
Selamanya sahabat.

kamalia mencatat kenangan perasaannya.
10.06 malam
14 dis 09
Sunway

Mengibas Gebar Perasaan

Sesaat tadi, kutatap komen dari 'guru' lama,
Waktu seolah diputar sekitar berbelas tahun dulu.

Nakal usik mengusik,
namun benci tidak pernah berputik.

Gelagatku memuncul meluat,
Tapi mujur nama ku masih ngat.

Komen dari pak rahmat,
Pedih tapi menujukkan minat.

Teguran dari seorang yang hebat,
Kerana aku sedikit tersilap.

Ketawa sendiri bila kukibas ingat,
Mengusik pak rahmat sebaik dilihat.

Teguran pak rahmat tanda berminat,
Menegur akunyang kurang cermat.

Terima kasih.


Kamalia mencatat perasaannya,

9.56 malam'
14 Dis 09

Saturday, December 12, 2009

Menyingkap perasaan lama

Kepulangan ke kampung baru-baru ini menemukan aku pada catatan-catatan lama. Agak lucu jika dibaca....

Ini di antaranya;

Jika tidur ialah kiamat kecil bagi umat manusia,Maka kegagalan dan kekecewaan adalah petanda-petanda kita sudah menghampiri kiamat kecil.Oleh itu, jika kita gagal atau kecewa, yakinlah bahawa kita telah dibangunkan semula untuk menghitung peristiwa lalu.Ambillah iktibar dan pedoman agar lebih bersedia.

Kamalia. 27.7.93

Friday, December 11, 2009

Pengumuman

Kepada semua tetamu blog... hampir semua saja dalam blog saya adalah mentah. OLEH ITU, masih ada kesalahan ejaan yang ketara... maaf atas sebarang kesalahan. dalam usaha melahirkan idea..yang sudah cukup usianya dalam fikiran.. ada juga perkara yang saya terpaksa ketepikan. harap maaf.