Tuesday, June 2, 2009

Gurindam Perasaan Isteri

Majlis kahwin laksana pesta,
lambang kasih antara kita.

Akad nikah pembuka acara,
Tanda abang ketua keluarga.

Adik berjanji akan setia,
Selagi Allah memberi redha.

Berkeluargalah kita dalam dunia,
Akhirat jangan sesekali lupa.

Minat suami harus dahului,
kelak kita lambat dibenci.

Sebagai isteri harus bestari,
tahu dan arif selera suami.

Menu masakan kena pelbagai,
Barulah kasih tidak terlerai.

jika kasih dilanda badai,
Pada Allah bantuan dicapai.

Isteri mengemas. memasak mengasuh,
Jiran tetangga jangan dimusuh.

Jiran umpama keluarga kita,
menjadi peneman di kala lara.

Kita isteri amanah suami,
jagalah diri juga pekerti.

Mertua ipar jagalah hati,
Sombong angkuh mesti jauhi.

Suami penat jangan leteri,
picit urut kopi Radix diberi.

Suami baik mesti jauhari,
masakan isteri harus dipuji.

Sekian sudah gurindam suami isteri,
Panduan berguna pada yang bestari.

Kamalia.
1.38a.m. Pine Resort

No comments: