Tuesday, June 2, 2009

Gurindam Perasaan

Hati kasih bercampur rindu
sering berjumpa akhirnya bersatu.

Sudah bergelar suami isteri
berjanji setia sehidup semati.

Anak itu penambah umat
ayah dan ibu bertambah erat.

Dijaga anak penuh kasih
seekor nyamuk tidak selisih.

Berlapar dahaga menahan mahu
demi anak belajar maju.

jangan lupa jasa mereka
jangan sesekali derhaka tinggi suara.

Ibu tua harus dijaga
jangan diperlaku seperti hamba.

Hati ibu umpama kaca
retak pecah kita ke neraka.

Ayah pula jasa berjuta
Sayang dan kasih selagi ada.

jagalah hati ayah dan bonda
Jaminan syurga dari yang Esa.

Kalau di dunia mereka dilupa
Allah akan balas kita serupa.

Kata ibu umpama doa
Allah makbul setiap masa.

Jika tersalah tinggi suara
Maaf dipohon taubatlah segera.

Ibu tua letihnya cepat.
Banyak berehat makanan berkhasiat.

Wahai anak dengarlah nasihat
Ibu ayah haruslah taat.

Sekian sudah nasihat amanat
Semoga selamat dunia akhirat.


Kamalia. 1.26 a.m
Pine Resot. E36.

No comments: