Tuesday, July 14, 2009

Antologi Perasaan

Fahami aku.


Pertemuan awal jun.
menatapmu aku terpaku.
ada kelembutan yang tersembunyi.

Perbualan dan senyum pertama kita ukir.
ada kemesraan yang lahir.

Pertemuan itu, sangku akan berakhir,
namun kau terus hadir,
kau zahirkan segalanya.

Penzahiran telah terang dalam pandangan,
Aku jadi kalut teman:
kalut pada pendirian,
kalut pada bayangan-bayangan,

Fahami aku,
Aku bunga ungu,
terhasil dari biru dan merah.
Aku mampu merindu,
tapi aku khuatir hatiku makin parah.

Kunukilkan padamu,
Teman dari sebuah pertemuan,
Pertemuan yang akan kukenang.

Tulus hatimu telah kauhamparkan.
Aku takan hitam kelabukan.

Kelak jika aku diam di dada Tuhan.
Aku mahu kamu kenang:
pada senyumku,
pada tawaku,
pada bahagia-bahagia yang ku hantar padamu.

fahami aku.
bunga unggu,
aku akan layu,
tapi tidak rinduku....

kamalia.
11.16
sunway.
17 jun 2009

hati ini tiba-tiba pedih.
manik-manik kecil menitis.

Kerekodkan semua yang mampu kuiingat.
lambang-lambang yang kau ukirkan.
Tidak pernah satu kuntum senyum kau ukirkan.


Hati halus ini basah.
Aku sesaat rebah,
Bumi yang gagah menolakku lalu berkata:
" lupakah kau pada kata-katamu yang sekian lama menjadi rekod perasaanmu.
Jangan-jangan sesekali kerana beberapa patah kata yang kau baca buat kamu jadi kaku.
Berenanglah dalam air mata. Kerana kau tidak akan mampu mengeringkan lautan, Tapi kau mampu.... membina bahtera dengan kata-kata jujurmu. "

Tolakkan dan kata-kata itu, mengembalikan aku kepada aku yang sebenarnya.
Aku yang tidak akan hancur dengan mimik dan ejek.
Aku yang tika tersandung akan bangun!
Aku yang tika marah akan tersenyum.

Inilah aku.

Kamalia. 11.56 p.m
Sunway.
17 Jun 2009

Tuhan,
Aku mengendong perasaan,
Perasaan yang pelbagai warna,

Warna-warna itu tumpah,
Aku rebah....
Warna-warna itu membuat aku basah,
Aku rasa bersalah!

Keteruskan tapak perjalanan,
Kutoleh,
Langkahku diekori warna yang bercampur,
kanan biru,
kiri kuning,
sebelumnya hijau,
unggu makin jauh kutinggalkan.

Ku berlari:
warna -warna memercik ke atas kanvas dunia,
memercik pada mata-mata yang memerhati.
Ada yang memuji.
Ada yang membenci,
Ada yang marah.

Kuteruskan larian,
aku mahu kembali hidup tanpa warna.

Kamalia.
2.48a.m.
Sunway.
17.6.2007

Kurakamkan rasa perasaan.

Mata tidak lena.
Mata hati tidak lena:
difikirkan tentang pesanan-pesanan yang ditekan.
difikirkannya akan kata-kata yang ditekan.
difikirkan olehnya janji-janji yang dibayngkan.

Mata hati tidak mahu lena,
Mata hati memerhati wajah-wajah:
Diperhatinya wajah-wajah,
Diperhatikannya wajah-wajah yang pernah senyum,
Diperhati olehnya wajah-wajah yang pernah berubah dari senyum kepada:
marah,
mengejek,
benci,
meluat,
kecewa yang amat padaku.

Mata hati ini berlari:
Aku dikejar,
Aku dikejar oleh buih-buih bahagia yang kutiup,
Aku dikejar oleh bayang-bayang putih yang sedang cuba kuwarnakan.

Mata hati melihat aku:
Rebah,
Aku rebah,
Ada darah merah berubah warna,
Dari merah menjadi hitam,
darah mencatat madah pada mata hati:
"kau bukakan matanya, mata hati, dia terlalu lemah...."



Kunukilkan perasaan yang sedang berubah warna khas untukmu... yang memahami.


Kata-kata indah kususun untukmu....

Kata dari hati,
Hati yang menari bila bergetar not-not rasa,
Rasa -rasa yang harum seharum bunga,
Bunga yang mekar di taman hati.

Merah warna bunga,
bila pagi dimandikan embun,
bunga sepi itu basah....
bibir merahnya dibasahi segar embun,
ditelan oleh bunga...
basahlah tangkai rasa,
mengalir ke ranting harapan,
meresap ke dahanan rindu,
lalu hilang di akar jiwa.


Tika panas,
bunga merah itu menjerit,
Panasnya amat perit,
Hidup bunga di taman satu musim itulah ceritanya,
Panas dan kepanasan membuat bunga bertambah rindu,
rindu pada kesejukan pagi.

Mentari mula jemu,
Bunga yang tunduk,
Bunga yang merkah bibirnya,
Bunga mula membayangkan malam,
Malam yang akan menyelimut bunga,
Malam yang akan mendodoikan bunga,
Malam yang akan membisikan mimpi-mimpi indah.

Bunga yang tunduk kembali tegak...
"Malam akan menemaniku sehingga subuh tiba,
dan bunga akan tabah di kala mentari terjah, kerna bunga tahu...malam menanti... tunggn bunga"


10.13a.m
Sunway

Sedih benar saat ini.
Aku rindu amat segar udara kapong kita.
sora kokokan ayamg yang tak putuh-putuh.
pada zikir pak menunggu subuh.

momento romantika. (himpunan sajak untukmu...)


Pagi ini mata berkedip,
Alis kanan bergedik,
Hati mula berputik.

Dingin pagi memeluk tubuh,
pelukan membisikkan sesuatu,
Ada rasa yang turun bersama subuh,
Walau jauh....rasanya kukuh.

Kunukilkan tepat detik ini,
momento yang kurasa,
Rasa-rasa romantika yang kuheret sejak pertemuan,
Pertemuan sesejuk itu bertukar jadi suam
Suam jadi panas,
panas jadi lebih panas,
Panas jadi resah,
Resah menitiskan gundah.

Pertemuan?
Akan diundangkah ke diari diri?
untukmu.....




kamalia.
7.00a.m.
Sunway.
15 Jun.

Kemiskinan yang ditempuh,
pengalaman paling bahagia buat aku.
Aku tidak malu dicemuh,
malah aku bangga....

kemiskinan mengajar aku tentang apa yang paling berharga.
Nama,
maruah.

Aku boleh hidup tanpa kekayaan,
tapi aku tidak boleh hidup tanpa kenangan.

Al-fatihah untuk pak.

kamalia.
2.24 a.m
sunway,
2009

Dada malam berombak besar,
beralun mengalun rasa rindu.

kurapatkan dadaku pada dada malam,
mata tak dapat kupejamkan.
debar dada malam membisikkan kata-kata rindu,
kata-kata rindu yang membuat aku malu.

Pada usia sebegini hadir lagikah ia,
Rasa cinta yang penuh didada,
setiap detik ia makin penuh,
melimpah melemaskan jantung dan peparu,
aku kaku,
melepaskanmu, separuh tawaku layu.


Dada malam mengetarkan rindu,
mengisyaratkan mahu.
Jika kita ketemu, kupohon Tuhan bersamaku.
kan kututurkan betapa aku rindu,
kan kututurkan kata-kata hatiku,

Dada malam kian kelam,
kulakarkan salam,



kamalia
12.57a.m
Sunway
21 Jun 2009

Semalam...
kau ukirkan perpisahan,
pahit rasa kutelan,
jatuh terus jauh ke tapak perasaan.

Tika malam,
rindu-dendam jadi teman,
Ku pandang jauh pada bintang,
Rindu padamu kuukirkan.

Debaran dan getaran,
mataku tidak mampu padam,
hati ini kesepian....


Pagi ini,
kau dendangkan perasaanmu,
Kau khabarkan betapa kau rindu.
lagu hatimu mengubat sepiku.


kamalia.
5.15.
Jalan Templer.PJ
20 jun 2009

Lukisan kehidupan.

Di dewan pameran,
tergantung puluhan lukisan kehidupan.
Pelukisnya mencatat ribuan perasaan.
Perasaan yang dikumpulkan dari pengalaman-pengalaman.

Pameran dirasmikan,
Perasminya seorang pemimpin agungan.
Kepala dianggukkan tanda faham pada gambaran yang dilukiskan.
Dalam hati, perasmi itu bosan:
Apa saja yang dilukiskan.
Warna-warna ini mewakili perasaan?
Garis halus lembut mainan warna?
Aku harus senyum dan memuji sepanjang acara ini.

Perasmi pameran itu mempurakan faham.
Tetapi, perasmi perasmi terpaku pada sebuah lukisan.
Pelukis melukis seorang perempuan tua.
Kedut mukanya,perasmi teruja,
mata perempuan tua itu merenungnya.
Langkah terhenti beberapa ketika.


Lukisan kehidupan itu melukiskan dirinya:
hatinya berbicara:
"Kedut mukanya menyimpan ribuan cerita duka.
Mungkinkah itu aku satu masa nanti.
Perempuan tua merakam lukisan kehidupan?
Atau perasmi itu terakam dalam lukisan kehidupan?


Majlis ditinggalkan.
Perasmi membisikkan pesanan kepada karyawan:
"Lukisan perempuan tua itu saya berkenan".


kamalia.
7.45a.m
Sunway
24 jun 09

untukmu...

Malam kelam,
diwarnai hitam.

hitam warnamu,
membuat aku mencari-carimu.

Bibir terkatup,
namamu kusebut.
Ada ombak beralun lembut dalam dada,
aku jadi jaga jauh dari lena.

Malam kelam ini,
kan kulakarkan rindu,
kusebut namamu:
ada getar dalam kalbu.
Aku tahu...kau juga merindu.



kamalia.
10.47p.m.
sunway
23 jun.

Subuh ini,
ada bau segar bunga menamu fikiran.
Bau-bau segar yang mewarnai tapak langkahku.

Tapak-tapak berbunga yang kutinggalkan,
meninggalkan harum pada kenangan.
tapak yang merakam perasaanku tika itu.
Masih jelas tapak itu....

Aku masih ingat bila aku menapak,
kutoleh....
aku lihat kamu terpaku memandangku,
hatiku melambai sayu,
bibirku menaip isyarat rindu.

Isyarat-isyarat itu,
buat aku jadi malu.
Rasa-rasa indah ini melukis wajahmu.
Rasa-rasa ini mengetar irama rindu.
Rindu yang menerbangkan rindu.

Hati berbisik,
tanpa kusedar.....
jiwa berdetik...
buat ku segar.

Bau harum bunga kekal segar.


Kamalia.
6.58a.m.
Sunway.
23 JUn 2009

untukmu.....

malam ini:
dada ini sebak,
ada gumpal rasa merebak,

Hati menaip kata kata rindu,
bibir bergetar menyeru namamu.

kau begitu jugakah?
Atau hanya aku?

rasa-rasa rindu malam ini akan kugenggam.
Akan kusimpan kemas dalam malam yang kelam.

hadirmu mencuri tenang hatiku,
Aku jadi amat rindu,
kadang kala sayu.

kelak bila kita ketemu:
akan kudeklamasikan rindu,
akan kugengam erat tanganmu,
lalu kubisik...... rinduuuuuuu.


kamalia.1.30 a.m.
Sunway,
22 Jun 2009

Hidangan

Ku hidangan himpunan rakaman -rakaman perasaan.
Ada di antaranya perasaan aku,
Ada di antaranya perasaan dia,
Ada di antaranya perasaan mereka,
Ada di antaranya perasaan aku dan dia,
Ada di antaranya perasaan aku dan mereka,
Ada di antaranya perasaan aku, dia dan mereka.

Jika pelukis,
dilukiskan perasaan.
Jika penulis,
dicoretkan kata-kata.

Aku menulis apa yang aku lihat.
Ada kala aku cuba menjadi dia dan mereka.
Ada kala aku pura-pura menjadi dia dan mereka.

Ada kala aku MEREKA.


Kamalia
11.52 p.m
24 jun 2009

Kita hanya hambaNya.

Air mata menitis lagi.
Menitis mengalir jatuh kepipi.

Ada kenangan yang begitu pedih,
bila teringat aku jadi amat sedih.
Dalam diam aku merintih.

Langkah hidup ini masih jauh,
bila aku mengeluh...fikiran ku bawa jauh.
Andai masa mampu menunggu,
akan kukembali....


kamalia.
10.34
Sunway
24 jun 09

Manusia perancang,
Matanya melihat apa sahaja,
mulutnya menyebut apa yang disuka,
Hatinya berbisik pelbagai rasa.

Rancangan manusia,
hanya sekeping kertas kerja dasar,
Di bawa ke mesyuarat fikiran,
Otak hati jadi pengerusi,
Hati jadi timbalan pengerusi,
Mata, mulut, telinga dan hati bersidang,
Usul, bantahan, sokongan dilemparkan,


Jangan lupa, setiausaha mesyuarat adalah raqib dan atib.


kamalia. 7.00a.m
2 julai

Debar?

Ada debar bergetar,
Dari kata-kata yang kudengar,
Kudengar khabar yang kau hantar,
Rasa pahit bertukar tawar.

Debaran makin kuat,
Kufikir terkena azimat,
Kucuba lupa setiap saat,
Tapi debar makin kuat.

Debar makin bergetar,
Lalu utuskan khabar,


Kamalia.
Sunway.
1 Julai 2009

Terjaga dari mata yang pejam.
Kucuba merakam pengalaman,
Kutulis dan kupadam.
Ilham belum ikhlas bertandang.


Ada cerita yang ingin kunukilkan,
Ditulis dan dipadam.
Kisah panjang yang jika tidak dirakamkan,
akan hilang dan dilupakan.

Kisah kepayahan dan keperitan,
Seorang ibu tua yang kusayang,


kamalia.
2.41.
Sunway.
29 Jun 2009

Rencah

Ada yang membaca.

Ada yang meneka.

Ada yang merasa.

Ada yang kata buang masa!


kamalia.
2.16a.m.
Sunway.

Kata bertikam kata,
Perasaanpun terluka.

Kuheret perasaan ke kiblat iman.
Kubasahi duka dengan suci wuduk.

Kata-katamu kuadukan pada Tuhan,
Airmata mengalir di malam kelam.
Sedu sedan memeluknya sepanjang malam.
Kesedihan menyelimutiku....


Lenaku terjaga,
sedu terus menerpa.
Mata terus terbuka.

Zikir, selawat kudodoikan jiwa.



Kamalia.









Terjaga dari mata yang pejam.
Kucuba merakam pengalaman,
Kutulis dan kupadam.
Ilham belum ikhlas bertandang.


Ada cerita yang ingin kunukilkan,
Ditulis dan dipadam.
Kisah panjang yang jika tidak dirakamkan,
akan hilang dan dilupakan.

Kisah kepayahan dan keperitan,
Seorang ibu tua yang kusayang,


kamalia.
2.41.
Sunway.
29 Jun 2009

Kutongkat derita ini dengan senyuman,
Kurebahkan duka ini dalam airmata,

Usahlah kau menitis,
Keringlah...
Menyusuplah ke setipa urat sendi.
Tabahkan hati ini menempuh dugaan.

Tetapkanlah pendirian ini Ya Allah,
Demia janji itu,
Kutuntut menjadi kota.

Kota yang kelak akan kuhias,
Bingkaian kisah-kisah senyum tawa.
Kuhiasi dengan hijau kenangan
dikaki ganang derita.

Kankulakar kita berbaring dilautan berombak ganas.

Ya Allah:
Kau hulurkan kekuatan,
Rahmatilah doa hati ini,
Jika perlu kebenaran ini mengorbankan nyawa, aku redha.

10.00 a.m
20.12.2005
Edited.
Kesedihan.

Bumi tiba-tiba redup teman.
Mendung berkunjung,
Titis hujan mula menitis.
Sebak meniup pepohon jiwa.
Gugur daun muda ke dada bumi.

Kesedihan ini tak terucap,
Ia sembunyi disebalik tawa,
tawa yang membahagiakan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Ku khabarkan kesedihan,
Ku anginkan kepiluan,
Kusedekahkan simpati,
Pada teman-teman yang memahami.


Kamalia.
10 Julai 2009

Mencari rindu.

Ku pencari,
mencari bau bau kerinduan,
Kerinduan yang makin menjauh.

Pertemuan itu sekadar pertemuan,
Kata bertemu kata,
mata bertemu mata,
lambang-lambang kata bertembung dengan makna.

Ternyata, nyata itu jauh dari nyata,
Rasa yang ku rasa, tidak seindah rasa yang dirasa.


malam kelam merakam perasaan.

kamalia
1.12 tengahari.
Sk. Bandar Sunway,
10 julai 2009

Cerita duka.

4.35 petang ini,
Aku menziarah kesepian,
Kesepian yang tidak pernah diundang.

Ziarahku diteman ibu sang sepi,
Bibirnya memanggil lembut,
tangan lembut diusap penuh harap.

mata kesepian tidak terbuka,
dadanya berombak lemah.
Monitor di kanannya mencatat angka-angka,
Angka-angka yang merakam perjalanan sepinya.

Si ibu kutinggalkan.
Kutinggalkan bersama kesepian,
Si ibu akan terus menanti,
Menanti seperti malam-malam sebelumnya,
Menanti kesepian menatapnya.

Kurakamkan kesepian dan kesedihan,
Kesedihan yang mengetarkan not-not pada bibir ini,
Jika aku ditempanya...aku juga begitu.



kamalia.
10.42 p.m
Sunway. PM Online MemberProfileEdit PostQuote PostGoto Top

No comments: