Lewat usia ini,
Aku jadi makin kenal pada lelaki,
Lelaki yang luar dalamnya lelaki.
Segagah-gagah lelaki,
Tidak akan dapat menahan sepi.
Sepi yang dalam sunyi menghiris hati.
Faham benar aku pada lelaki.
Bibirnya menafi, tapi ekor matanya mencari.
Faham benar aku pada lelaki,
Depan isteri tunduk sepi,
Lewat isteri pergi, teman penuh disisi.
Lelaki, tidak boleh sepi,
wajib disisi seorang isteri.
Kepada temanku yang sepi,
Ogos sudah menjengah diri,
suatu hari, kau tidak akan lagi sepi.
kamalia.
12.02
Sunway,
1Ogos
No comments:
Post a Comment