Aku memang minat benar pada bidang herba dan urutan. Cuti semester akhir tahun lalu, selama 3 minggu kuhabiskan dengan mengikuti kursus tentang herba dan urutan.
Urutan untuk menghilangkan sakit kepala.
Tekan bahagian tengah kepala dengan jari. Buat pusingan atau putaran dengan sebatang jari secara membulat mengikut arah jam sebanyak 36 kali, setelah itu tukar arah pusingan ke arah lawan jam sebanyak 24 kali, bagi lelaki. bagi perempuan pula, putar sebanyak 36 kali mengikut arah lawan jam dan 24 kali mengikut arah jam. Selepas itu, tekan bahagian tengah kepala, atas kening dan ekor mata dengan bilangan yang sama. INGAT! cara atau arah pusingan berbeza antara lelaki dan wanita. Teknik ini adalah teknik akupressure. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment