Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, July 31, 2009

Urutan

Aku memang minat benar pada bidang herba dan urutan. Cuti semester akhir tahun lalu, selama 3 minggu kuhabiskan dengan mengikuti kursus tentang herba dan urutan.

Urutan untuk menghilangkan sakit kepala.

Tekan bahagian tengah kepala dengan jari. Buat pusingan atau putaran dengan sebatang jari secara membulat mengikut arah jam sebanyak 36 kali, setelah itu tukar arah pusingan ke arah lawan jam sebanyak 24 kali, bagi lelaki. bagi perempuan pula, putar sebanyak 36 kali mengikut arah lawan jam dan 24 kali mengikut arah jam. Selepas itu, tekan bahagian tengah kepala, atas kening dan ekor mata dengan bilangan yang sama. INGAT! cara atau arah pusingan berbeza antara lelaki dan wanita. Teknik ini adalah teknik akupressure. Selamat mencuba.

Mineral, RO dan Alkali

Pengetahuan amat penting dalam kehidupan. Cuti bulan 5 yang lalu, aku amat marah bila ada sebuah kedai yang menjual air mineral dan air minuman(RO) dengan harga yang sama. Dengan perasaan marah aku terus keluar. Cetek benar pengetahuan pengguna kita.

Begitu juga di sekolah. Seorang teman menyatakan bahawa air dalam botol itu sama. Aku tanpa banyak berkata-kata terus mengambil 2 botol air kosong, satu botol mineral dan satu lagi botol minuman. Kuserahkan padanya. Kawanku meneliti maklumat yang terkandung pada kedua-du botol itu. Saat itu juga dia mula mendapat pengetahuan.

Alkaline. Terdapat satu jenis lagi air di pasaran. Iaitu air alkaline...kalian patut cari bahan dan baca. lain kalin kita berbicara tentang antioksidan. daaa