Friday, August 21, 2009

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUNG.

Aku dilahirkan di sebuah kampung. Pada hari melihat anak bulan, biasanya semua orang kampung akan ke luar ke pekan kecil untuk makan-makan. Kami menamakan hari tersebut Hari Memegang.

Bulan puasa penuh dengan nostalgia. Menu berbuka, menu sahur, bunyi kalok(beduk) terlalu indah. Resepi berbuka yang paling unik ialah nasi ulam. Nasi ulam ni adalah campuran pelbagai jenis ulam dan pucuk-pucuk kayu. Sebaik-baiknya 7 jenis daun kayu digunakan. Di antara daun-daun untuk nasi ulam ialah, pucuk kadok, pucuk kesum,daun sekentut, daun asik-asik, daun cabang tiga, daun gajus, daun putat dan daun-daun ulam yang lain.

Daun-daun ini akan dihiris halus-halus, kemudian akan dicampur dengan bawang merah dan cili padi yang ditumbuk yang digaul bersama kerisek. Semua adunan ini akan digaul dengan nasi putih yang masih panas dan dihidang semasa berbuka.

Resepi nostalgia sahur pula;
1. telur hancur masak sambal.
2. masak lemak soohon dengan pucuk.
3.telur masin

Resepi sahur kegemaran sejak berkahwin.
1. Singgang ikan.
2. Sayur bening.
3. Sambal telur hancur.
4. Masak lemak telur mata (telur itik)
5.sambal belacan mesti ada tiap-tiap hari.
6. telur masin.
7. sayur goreng.
8. sup sayur.
9. masak lemak putih soohon.
10. buah-buahan.
11. Daging goreng bodo.( daging, bawang merah dan halia. digoreng. dicampur air sedikit sehingga empuk).
12. ayam atau ikan goreng.
13. air teh
14. air putih
15. kurma

1 comment:

izzamie said...

Salam... tak boleh tahan tgk ramuan nasi ulan tu. kat sini susah nak dapat hanay di kampung kita je ada. Aku nak balik kampung minggu ni nak makan nasi ulam