Hampir 2 jm aku di ppum. Ramai benar yang lenguh-lenguh sepertiku. Ubat yang sama doktor beri, diambil didalam wad pemeriksaan tanpa perlu ke kaunter farmasi. Aku hanya perlu mengambil antibiotik di kaunter farmasi.
Sepanjang berada di sana , aku berkenalan dengan beberapa orang. Seorang kakak dari Kerinchi bertanya padaku mengenai topeng muka. Dia agak sedih kerana topeng muka tidak diberi sepanjang menunggu untuk dirawat. "kerajaan tak sayang rakyat" antara patah-patah kata yang dapat kutuliskan. Banyak juga yang dibebelkannya.
Seorang lagi kenalan memberitahuku bahawa, harga topeng muka dijual sesuka hati. Katanya, dia pernah membeli sekeping topeng muka dengan harga rm5.00. Perbualan kami berterusan hinggalah terkeluar frasa tanggungjawab sosial dari pihak kerajaan, NGo dan pihak swasta.
Jika semua pihak dengan ikhlas menyumbang topeng muka ditempat-tempat yang padat seperti hentian bas, sekolah dan hospital, sudah tentu sedikit sebanyak penularan virus dapat dibendung.
Ini baru sedikit keluhan. Bagaimana dengan mereka yang tidak mampu serta mempunyai anak yang ramai. RM1.00 cukup mahal bagi saya bagi sekeping topeng muka berkain lembut.
2 comments:
Salam,
Aku yang dekat dengan PPUM pun tak pernah pergi sebab kena tunggu lama sangat.
musk tu pakai buang kalu RM5=1helai mati la nak beli..
patutnya pakai yg dibuat sendri cam jepun siap ada corak2 lg tu...
patutnya ada harga subsidi tuh!
Post a Comment