Thursday, September 24, 2009

MESIN AIR COCA COLA

Tengahari semalam memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan jadi agak lewat kerana kami bergerak dalam kumpulan. Destinasi tujuan adalah ke Hospital Tengku Ampuan aFZAN. Anak buah suami dimasukkan ke wad kerana mata dan kulit menjadi kuning. Selepas menziarah, aku meneruskan perjalanan.

Tiba di sebuah hentian, mata ku tertumpu pada sebuah mesin air Coca Cola yang tingginyahampir 6 kaki. Ada 3 0rang budak sedang melihat-lihat mesin itu. Tika itu, angka 2pH, dan kandungan gula serta kesan daripada air coca cola itu meresap ke dalam fikiran. Harap-harp mesin itu rosak.

Si bapa datang, cetek benar ilmu pengetahuan walaupun berkereta mewah! kata hatiku.

SYUKUR, MESIN ITU ROSAK..... tapi 4 beranak itu kelihatan amat kecewa.

Sunday, September 20, 2009


pH air Coca-Cola.

Agak lama aku tidak menulis dalam ruangan ini. Terlalu sibuk dengan rutin ramadhan. Hari ini kutemui fakta yang aku rasa PATUT dan WAJAR aku kongsikan pada semua. Penemuan tersebut adalah:

pH air Coca-cola adalah 2.
manakala
pH Beer adalah 2.5


jika anda ibu bapa.kakak, abang, adik atau sesiapa sahaja...adakah coca cola pilihan anda?

Friday, September 4, 2009

BENARLAH SEMUA DUGAANKU

Lewat jam 1030 pagi ini, kukongsikan ilmu bersama sekumpulan mereka meraka yang perlukan ilmu .Ilmu apakah itu?

Sesugguhnya selama ini kita buta,
atau kita sengaja membutakan mata,
fakta berita ditulis dan dibaca,
Tapi tidak satupun memasuki kepala.

Usia akan makin menziarahi tua,
Apa bekalan kita untuk masa tua,
Makanan yang ditelan kekalkah lama,
Minuman yang diteguk cukupkah menghilang dahaga.

Berada di kalangan yang mahu berjaya,
Berada di kalangan yang mahu ilmu di timba,
Berada di kalangan yang mahu berubah gaya mindanya,
Berada di kalangan yang menghargai setiap detik nyawa.

Ilmu itu pagar jiwa raga,
Pencari ilmu kecintaan yang Maha Esa,
Tapi kita sering lupa,
bangga pada jenama yang entah apa-apa,
Akhirnya siapa kaya?
Akhirnya siapa jadi mangsa.

Suara kecil ini makin bergema,
Nasihat dan pesanan takkan berhenti kujadikan nota kepada:
Saudara- saudara,
Saudari-saudari,
adik adik,
kakak-kakak,
nenek-nenek,
datuk-datuk.

Kamalia.
1.43 p.m
Kepala Batas