Saturday, October 17, 2009

ASSALAMUALAIKUM.

Assalamualaikum,
Assalamualaikum kepada penghuni pondok derita.
Pondok derita itu isinya hati-hati yang kecewa.
Hati-hati yang kecewa kerana terlalu lama seksa.

Assalamualaikum,
Assalmualaikum bahagia.
Bahagia yang tak mungkin akan diturunkan padanya.
Untuk apa diturunkaan padanya.

Assalamualaikum,
Salam dari bibir yang hatinya duka,
Hatinya duka, luka merah membara.
Pedih perit tiap kali tersenyum suka.


Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Salamku tidak disapa Sang Gembira.
Sang Gembira kian lupa pada kata-kata kota.
Kata-kata kota Sang Gembira hanya dusta.
Salam ku yang hina tidak dijawabnya juga.


Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Salam akan terus kulfazkan,
Salam akan terus kulfzkan sehingga ada yang sudi menjawab.


Assalamualaikum kepada kehidupan bahagia.


Ikhlas dri Kamalia.
Yang sering lupa apa itu erti bahagia.


Kamalia.
12.08.
18 Oktober 2009

3 comments:

AFAR said...

Salam,
Sajak ni menarik menceritakan pencarian sebuah kebahagiaan.

AFAR said...

Salam...best sajak ni pencarian sebuah kebahagiaan.

midahjunid said...

terima kasih. ada gaya pengulangan frasa yang aku cuba. hehehe