Nukilan ini kunukilkan untukmu sahabat.
Sahabat yang hadir seketika dalam perasaan.
Sahabat yang mengukir arca kenangan maha indah.
Sahabat,
Usah ada rasa bersalah dalam diri,
Pertemuan kita hanya pada perasaan.
Ketawa kita pada perasaan.
Senyum kita pada perasaan.
Berulang kali soalan kuajukan pada perasaan.
Diam terus perasaan menyimpan pendam.
Jadikan pengalaman kenangan.
Ketawa senyumlah dalam diam.
Mungkin sudah takdir tuhan.
Mungkin sudah ketetapan kejadian.
Kenal hanya sekelip pandang.
Bahagia hanya semanis senyuman.
Ada cerita yang perlu bermula.
Ada cerita yang perlu ditutup sebelum sudahnya.
Sahabat,
tidak semua irama serentak tarian.
Tidak semua lirik semerdu alunan.
Sudah hukum ketetapan tuhan.
Mungkin hikmah menunggu di hadapan.
Satu hari kita akan bertemu.
Senyumlah pada kenangan yang terjalin dalam perasaan.
Sedikitpun jangan simpan dendam.
Kerana kenangan sudah tercalit dalam perasaan.
Kau antara keindahan yang tercatit dalam diari catatan perasaan.
Kamalia mencatat perasaan.
2.56 petang.
Sunway
28 November 2009.
No comments:
Post a Comment