Friday, November 27, 2009

Teman Perasaan.

Nukilan ini kunukilkan untukmu sahabat.
Sahabat yang hadir seketika dalam perasaan.
Sahabat yang mengukir arca kenangan maha indah.

Sahabat,
Usah ada rasa bersalah dalam diri,
Pertemuan kita hanya pada perasaan.
Ketawa kita pada perasaan.
Senyum kita pada perasaan.

Berulang kali soalan kuajukan pada perasaan.
Diam terus perasaan menyimpan pendam.
Jadikan pengalaman kenangan.
Ketawa senyumlah dalam diam.

Mungkin sudah takdir tuhan.
Mungkin sudah ketetapan kejadian.
Kenal hanya sekelip pandang.
Bahagia hanya semanis senyuman.

Ada cerita yang perlu bermula.
Ada cerita yang perlu ditutup sebelum sudahnya.

Sahabat,
tidak semua irama serentak tarian.
Tidak semua lirik semerdu alunan.
Sudah hukum ketetapan tuhan.
Mungkin hikmah menunggu di hadapan.

Satu hari kita akan bertemu.
Senyumlah pada kenangan yang terjalin dalam perasaan.
Sedikitpun jangan simpan dendam.
Kerana kenangan sudah tercalit dalam perasaan.
Kau antara keindahan yang tercatit dalam diari catatan perasaan.


Kamalia mencatat perasaan.

2.56 petang.
Sunway
28 November 2009.

Wednesday, November 25, 2009

Terlintas di fikiran.

Terlintas di fikiran,
jujurkah aku?
membahagi .

Soalan diaju bertalu,
Aku hanya mampu kaku.


Telintas di fikiran.
Jujurkah aku?
kasih.

Jawapan hanya anggukkan.
aku hanya mampu membisu.

Terlintas di fikiran.
mampukah aku?


soalan dan jawapan kaku dan membisu.
seperti rupanya hati.
seperti bentuknya diri.
keras dan membeku .
tidak akan cair lagi.



kamalia
10.36
Rabu
25 November 2009

Tuesday, November 17, 2009

Kupinta lagi...
kuminta ..'
kupohon...
sebuah perasaan..


Kupinta lagi..
kuminta ..
kupohon..
sebuah perjanjian.


Aku akan terus..
meminta....


kamalia.
11.09
sunway
18 November 2009

Sunday, November 15, 2009

Tetamu Perasaan

Ada isyarat rasa mengetak peti surat rasa.

Tetamu perasaan itu menganggu lenaku.


perpisahan dihujung pusingan mingguan membuat aku menghitung kiraan.

kiraan kiraan tentang apa yang akan 'dibelanjakan ' perasaan.



mungkin agak terlambat tetamu itu hadir,

menamu perasaan.....

menjadi tetamu perasaan.



malam ini kamalia menukilkan perasaannya.

11.29 malam

bandar Sunway

15 Nov 2009

Friday, November 13, 2009

sedih perasaa

sebentar tadi ada rasa sedih menamu.
Kuundang ke pondok usang perasaan.

"jemputlah masuk ke pondok hati hamba.
akan hamba hidangkan sejug air mata sebagai teman mata bertentang mata."

Perasaan sedih mengangguk mesra.
Sedih sudah lama menjadi karib dengan album deritaku.
Sambil menunggu air yang akan kuhidangkan,
Rasa sedih bangun lalu menatap foto-foto perasaanku.

Air tersedia... aku hanya mampu tersenyum pada tamuku itu.

" 3 tahun lepas kita jadi teman.
Kau menenamiku tiap saat.
Malam sunyi,
Bila hati sepi,
bila sebak menyelak kelopak mata.

Rasa sepi, kau masij seperti dulu.. tersenyum bila setiap kali hadir.
hari ini akan kuceritakan padamu... aku sepi dan amat sepi.
Ada masa aku kecewa kerana sepi ini tidak pernah mahu pergi.
Dan bila aku teramat kecewa.. rasanya aku mahu heret sepi ini mati bersamaku!

Sepi masih tersenyum padaku...'
'Tuhan kasih padamu...
Aku juga mahu pergi...tapi aku tak mampu...
Senyumlah dan terus senyum...

Aku dan rasa sepi memenuhkan gelas air mata yang telah kuhidangkan.


Kamalia
10.35 malam
Sunway
13 N0v 09

Saturday, November 7, 2009

Thursday, November 5, 2009

maafkan aku..

Maafkan aku,
Maafkan , jika senyum ini beralih kuntum.
Maafkan jika tawa ini beralih hilai.

Maafkan aku,
Maafkan, jika hati ini tidak lagi untukmu,
Maafkan jika aku berhenti merindu.

Maafkan aku,
Maafkan , jika satu hari tapak ini akan menapak jauh meninggalkanmu.

Maafkan aku,
Maafkan jika aku tidak lagi menoleh padamu.

putaran waktu tidak akan berhenti!
Putarn waktu tidak akan menunggu!
Putaran waktu tiada perasaan...


Tiba masa.. aku akan pergi..
maafkan aku!

Kamalia
8,45 pagi
6 November 2009
Sunway

Tuesday, November 3, 2009



Akhir tahun ni banyak kerja yang perlu disiapkan.... ilham pun dah merajuk... tunggu cuti sekolah ni... mungkin banyak ilham yang turun... kita selesaikan dulu mana -mana tugas yng penting.

Masih tepufikiran ini.... tengok gambar2 terbaruku,,