Monday, January 18, 2010

Perasaan Merindu

Ada rindu yang membisik lembut dikupingku,
Rindu yang membisik kerinduan maha dalam,
Senyum berbunga, hati mula mengembang bahagia.

Detik berlalu. rindu makin merapat dada,
tiada lagi bisikan rasa, yang ada hanya pesanan-pesanan bahagia yang kaau lahirkan dari belaian kata.
Dada berombak,
Debar mengetarkan,
Mahu mula merayap, meramas jemari.
Senyum berbunga, hati mula berputik bahagia.

Masa lemah berlalu, pesanan-pesanan berahi melemahkan jarum yang menolak saat menjadi minit.
Dua hati lemas tika dada berombak.
Ombak yang datang bersama rindu pada mahu. rindu pada kemahuan, rindu memahukan.
Dua hati mula senyap, kata-kata yang dikulum mula ditelan.
Senyum berbunga, hati mula berbuah bahagia.


Adegan rindu terus berlangsung,
Rindu mula menjadi gunung mahu,
Berjauhan kalian jadi penyair rindu,
Kerinduan dihulurkan melalui pesanan-pesanan yang ditekan,
mesej sampai memuaskan kerinduan.
Senyum berbunga, hati mula memekarkan bahagia.

Ada ikatan yang mengikat jiwa,
halangan bukan lagi cabaran rindu bersama mahu.
Mahu dipeluk rindu.
Rindu didakap mahu.
Rindu bersatu memuas mahu.
Rentak tarian mahu dan rindu melahirkan perasaan.
Perasaan kecil yang membesar dari perasaan-perasaan yang diperhatikan.
Perasaan kecil yang indah menyatukan rindu dan mahu.


Indahnya kejadian yang mulanya dari desa perasaan.
menjalar ke kota mahu.
Kita semua ada rasa rindu dan mahu yang melahirkan puluhan malahan ribuan perasaan.
Jangan hilangkan rindu dan mahu.
Mekarkan dengan pujuk rayu.


Kamalia merakamkan perasaannya.

8.37 malam
18 Jan 2010
Sunway

1 comment:

Anonymous said...

semakin dahsyat. tapi banyak sangat ulangan kata yang serupa sehingga hilang kesan ekspresifnya. sajak perlu berhemah dalam kata.