Friday, February 26, 2010
Monday, February 22, 2010
Halaman Malam
Halaman malam ,
luas hening tanpa ombak keriuhan,
sesekali kerdip bintang memecah riak kelam halaman malam.
Kerdipan yang menyerikan kelam malam.
Malam yang hening begini jauh dari pekik jerit
Mimpi menjadi layar melayarkan perasaan
Kelam malam menjadi latar warna warni perasaan.
Kesedihan yang disimpan menguapkan bau kesayuan.
Lena terhenti.
Jaga membicarakan kata hati.
Terlakarkan catatan pada halaman malam yang kelam.
Putih impian,
Biru kenangan,
Kuning harapan,
Merah kegembiraan menyelimuti kanvas malam.
Malam yang hitam jadi meriah,
Kesedihan merintih berbisik pada kuping waktu perlahan detikmu,
aku masih belum puas mencumbu rindu.
Kelam malam ini gelanggang aku mencurahkan rasa gelora
kuombakkan laut malam.
Basahlah pantai mimpi dengan airmata.
Kamalia
1.48 pagi
23v Feb 2010
sunway

Sunday, February 21, 2010
Gebar Perasaan
Gebar malam menyelimuti perasaan.
Perasaan yang lenanya menjauh.
Ada rasa yang mereput.
malam ini perasaan merintih sedih.
Ada air mata pedih yang menitis.
Gebar malam itu basah dengan titis.
malam menjadi sayu.
Mimpi makin menjauhi perasaan.
Perasaan bangkit meninggalkan gebar malam.
Lena ditongkatkan malam menjadi skrin perasaan mencurah rasa.
Kerdip bintang jadi penyer kelam malam.
Di dalam kelam itu ada perasaan yang duduk mencari cahaya.
Cahaya yang sudah lama perasaan cita.
Kelam dan cahaya berpesta.
Gendang sedu sedan membentuk irama.
Perasaan lupa seketika pada duka.
Malam dingin bertukar panas..
Perasaan mula rimas.
Malam bagi perasaan adalah kanvas hitam maha luas.
Malam kelam adalah perasaan.
Perasaan adalah malam kelam.
Hitam adalah kenangan.
Kenangan yang menghitamkan perasaan.
Janji jadi perjanjian.
Rindu jadi kerinduan.
Cinta jadi percintaan.
Antara dua bibir, ada kata-kata yang lahir.
Gebar perasaan ini menyelimuti kedukaan malam,
kesepian malam. kesedihan malam.
Beradulah malam.. aku gebarmu..
kamalia mencatatkan perasaan.
2.35 pagi
22 Feb
2010
Sunway

Thursday, February 4, 2010
Muzium perasaan
Tertawa yang tawar rianya
diselangi kuntum senyum hambar
ada kekosongan yang merayap dari dasar hati
sepi sunyi menjadi kustom tubuh ini kaku bisu
kuheret perasaan melawat muzium duka.
Sebuah muzium perasaan yang menyimpan jutaan khazanah rasa.
tawaku membahagiakan
senyumku melalaikan mengubat kerinduan.
Potret dan nukilan merakam ribuan pengalaman.
Di suatu sudut, aku letakkan kepingan hati remuk.
Kusembunyikan kekecamukkan.
kurakamkan segala perasaan untuk pada suatu hari ini akan ada yang akan menjengok.
Muzium perasaan ini untuk jiwa yang masih mencari rasa.
Kegembiraan telah menjauh diseret lelehan masa.
hanyut terapung di lautan luas.
aku mahu lemas pada ombak yang mengganas,
namun ombak menyelimutiku dengan simpati...
aku terlena dan dibaringkan di pulau-pulau perasaan.
Pada sudut muzium perasaan ini, aku melihat segala rakaman perasaan.
kegelapan yang kelam itu memaksa aku mencari sedikit cahaya.
Ada cahaya samar-samar,
menyuluh malam membimbing perasaanku kembali sujud memohon kegembiraan itu kembali padaku.
Kegembiraan yang membahagiakan,
Kegembiraan yang jujur,
akan kutunggu saat itu.
Kamalia merakamkan perasaannya.
11.34 pagi
5 feb 2010

Aku masih cuba menyela ke dasar perasaan setiap manusia. Sebaik-baik percubaan biarlah tika bibir tertutup rapat. aku akan cuba memahami setiap perasaan kalian. kesedihan kalian akan membuat aku juga bersedih. Mari kita rakamkan segala perasaan kerana perasaan yang lahir itu bukan buatan , ia adalah keindahan yang lahir dari punca dan sebab.. terkadang terzahir dalam bentuk perlakuan yang boleh dibaca. Ada kalanya, ia berbisik dalam fikiran. mencuba memahami orang lain, seolah-olah menjadikan aku orang lain. atau mungkin orang lain juga sedang membaca dan memahami aku.
Kepada kalian yang aku telah dan akan aku perhatikan, kalian adalah keindahan dalam hidupku. Walau ada kalanya keindahan itu, membuat hati ini pedih, terguris.. namun kalian tetap keindahan yang akan kuhidu dengan mata rasa.
Sekalung kemaafan aku untaikan menjadi kalung kenangan.Maaf juga kepada tumbuhan kerana kamu terpaksa aku manusiakan dalam usaha menarik keindahan itu menjadi lebih indah.
Kamalia.
7.59

Wednesday, February 3, 2010
Pohon Keinsafan
Sepohon keinsafan berdiri megah di sebuah hamparan maha utuh.
Setia mencengkam bumi subur ini menghirup setiap titis yang mengalir,
Pohon itu makin tinggi, makin jauh dari bumi.
Siang, tika mentari garang memancar bumi,
Pohon itu gagah berdiri membayang pohon-pohon kecil , rumput-rumput menghijau.
Satu hari, di suatu malam yang sunyi.. pohon itu menangis.
Malam sunyi itu sebak mendengar rintih keluh pohon itu.
Malam itu makin sunyi dengan irama flora malam yang maha sayu.
Di celah-celah kesayuan itu, rintih pohon makin mendayu.
Pohon gagah itu melakarkan keinsafan di atas kanvas malam yang kelam.
Latar malan yang kelam itu menjadikan lakaran itu makin jelas.
Sedu dan rayu pohon yang insaf itu mendebarkan dada bumi.
Titis demi titis menitis ke atas daunan.
Malam yang kelam itu bertambah dingin.
Malam itu, pohon merintih,
Dosanya ,
penyesalannya,
Kealpaannya,
Akhirnya pohon itu terlena.
Daun -daun penyesalannya gugur menyelimut bumi malam.
Ada tunas muncul dari ranting dan dahan.
Tuhan menghidupkan keinsafan dan esok pohon akan segar dengan semangat baru.
Kamalia
10.04 malam
Sunway
3 Feb 2010

Diekori rembulan
Senja itu, menjadi saksi sebuah perkhabaran,
Perkhabaran yang menghentikan tawasuka,
Lagu-lagu cinta menjadi teman kesunyian yang menyunyikan,
lirik-lirik lagu cinta itu mengharukan perasaan.
Perjalanan 7 jam itu mengiringi perasaan kita.
Kau kelu mengumam rasa duka,
Lagu cinta mencungkil sisa-sisa rasa.
Kita menjadi pendengar alunan jiwa.
Masa terus berlalu, detik perpisahan makin hampir namun tanganmu masih kurangkul erat.
Gengaman makin kuat,
Aku tahu ia amat berat tapi inilah keputusan yang kubuat.
Di kiriku rembulan mengiringgi perjalanan kami.
Sesekali muncul di hadapan perjalanan.
Tanganmu masih erat kudakap.
Malam itu kita berjanji menjadi sahabat.
Selamanya sahabat.
Sahabat rapat.
Kamalia
9.51 malam

Subscribe to:
Posts (Atom)