Saturday, October 31, 2009

ARRRRRRRGHHHH!

Bosannya hari ini. Huahhhhhh... bosan....huahhhhhhhhhhhhhhhhh



bilik guru SK.Bandar Sunway, Petaling Jaya. Sukar untuk senyum. Yang aku tahu hanyalah ketawa dan menangis...
Di dewan peperiksaan SK Siefield, USJ. UPSR 2009

Hadiah untukmu

Kuhadiahkan hati ini,
Kuhadiahkan keikhlasan tanpa dusta,
Kuhadiahkan padamu.

kamalia
9.56
31 Oktober 2009 Sunway

Rahsia Perasaan


Tika bumi menangis lewat senja tadi,

Hati ini turut sebak.

Hati ini turut sebak bila luka perasaan ini diselak.


Rabaknya masih basah,

Masih belum pulih benar.


Tika menahan pedih.. aku ikuti rentak titik -titik hujan yang menitis.

Cermin kereta dipenuhi manik kecil...

Hati aku juga sebegitu.


Kering sudah airmata.

Lalu kutaipkan sebaris kata...

Kutekan angka-angkanya.. lalu kuhantar.

Perasaanku berkata... kau juga manusia...


Kamalia merakamkan perasaannya.

9.44 malam

sabtu 31 Oktober 2009

Monday, October 26, 2009

OMBAK PERASAAN

LAut hati bergelora.
Hati bergelora tika bibir kugetap erat.
Gengam makin kuat meramas cadar hidup.
ADa gelombang bertandang dalm sepi yang memnjang.

Sejarah perasaan ulang-berulang.
Ulang-ulangan memutikkan bimbang.
Hati mula hilang tenang.'
Malam lena lewat benar siang bertandang.

laut hati yang diam.
Diam dari ombak yang menghempas pantai.
pantai itu kontang menunggu jawapan dari ombak.
Ombak menjauh membawa diri.

Bibir pantai ini kugetap makin kuat.
Ada tanda bahasa bergetar kuat.
Kubiar ombak perasaan menari mungikut irama hati.
Kubiar ombak rasa menghempas seluruh penjuru hati.

perhentiannku,
pantaiku,
Ombakku,
Bayu yng memyapa rambutku,
mungkin bukan di pantai sepi ini.

Ada takdir telah tertulis.
Ada ketentuan yang tidak mungkin hati kecil ini dapat berdalih.
Gembira berkunjung ke daerah sepi.
Ombak perasaan bergulung hanya sementara..
Tiba masa ia akan reda.. dan bibir akan terbuka... gembira..


Kamalia mencatat perasaannya. 8.28. sunway. 27 Oktober 2009

Saturday, October 24, 2009


Naik Basikal


Maaf... buat seseorang yang telah kulukakan hatinya.

Maaf ini untukmu,
Aku tahu hatimu luka,
Hatimu luka dengan kata-kataku.

Terlalu muda hubungan kita,
Sebelum berbunga dan menjadi buah biar kuundur diri,

Maaf dari hati,
Bukan niat menduga kasih,
cuma aku letih.
Ada novel panjang dalam diri ini yang tidak mahu aku kongsi.

Jika ada takdir menemukan kita.
Akan kuucapkan salam sahabat padamu.

Maaf lagi ....
Maaf dari hati.


Kamalia.
9,52 malam
Sunway

Saturday, October 17, 2009

Mentari menyapa....

ASSALAMUALAIKUM.

Assalamualaikum,
Assalamualaikum kepada penghuni pondok derita.
Pondok derita itu isinya hati-hati yang kecewa.
Hati-hati yang kecewa kerana terlalu lama seksa.

Assalamualaikum,
Assalmualaikum bahagia.
Bahagia yang tak mungkin akan diturunkan padanya.
Untuk apa diturunkaan padanya.

Assalamualaikum,
Salam dari bibir yang hatinya duka,
Hatinya duka, luka merah membara.
Pedih perit tiap kali tersenyum suka.


Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Salamku tidak disapa Sang Gembira.
Sang Gembira kian lupa pada kata-kata kota.
Kata-kata kota Sang Gembira hanya dusta.
Salam ku yang hina tidak dijawabnya juga.


Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Salam akan terus kulfazkan,
Salam akan terus kulfzkan sehingga ada yang sudi menjawab.


Assalamualaikum kepada kehidupan bahagia.


Ikhlas dri Kamalia.
Yang sering lupa apa itu erti bahagia.


Kamalia.
12.08.
18 Oktober 2009

Monday, October 12, 2009

Catatan

Sekalipun agak lama aku tidak menghasilkan sajak, namun setiap ada fikiran yang kelapangan, akan hadir kata-kata indah. Mencari ilham bukan sesuatu yang senang. jika lewat mencatat, ilham itu akan lesap.

Kerana itulah,kulit2 dalam, bahagian depan dan belakang buku yang aku perolehi sepanjang kursus dan bengkel ada saja kata-kata indah yang kutulis.

perasaan kita sentiasa berubah. bagaimana pula dengan perasaan kita bila kita bertemu dengan sesuatu yang mobile.. jadi .. datang sahaja ilham, bunyi katanya indah dan bermakna.. sebaiknya catat sahaja sebelum kita lupa. daaa

Bau Cinta

Ku fikir,
usia ini akan membuat aku lupa,
Lupa pada harumnya bau cinta.

Ku fikir,
usia yang meningkat ini akan membuat aku buta,
Buta pada palsunya janji manusia.

Ku fikir,
usia yang semakin meningkat ini akan membuat aku leka,
Leka dari mengesan bau-bau indah cinta.

Ada bau cinta yang hadir.
lalu aku hidu....




Kamalia
5.54
12 Oktober 2009

Pertemuan.

Ku langkah kaki,
ku menapak pada satu pertemuan.

Pertemuan yang dijanjikan.
Secawan kopi pekat dan bubur menjadi teman pertemuan.

Berbual sepanjang pertemuan,
Perbualan mengenai perasaan.

Soal dan jawap menghiasi pertemuan.
detik berdetik sepantas nadi denyutan.

Pertemua pagi itu terpaksa dihentikan.
Perpisahan dimaterikan.

Akan tiba lagi pertemuan demi pertemuan....


Kamalia.
5.48
12 Oktober 2009

Rindu padamu.

Bibir terkatup,
Ada rasa indah mengalir,
Mengalir dalam darahku yang merah.

Perasaan rindu ini,
sebaiknya aku perapakan ia?
biarkan?
lupakan?
simpan?
pendam?

bagai bergelombang,
bagai terbang jauh di awan,

Dari mana datangnya rindu ini?

kamalia.
5.42.
12 oktober 2009

Thursday, September 24, 2009

MESIN AIR COCA COLA

Tengahari semalam memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan jadi agak lewat kerana kami bergerak dalam kumpulan. Destinasi tujuan adalah ke Hospital Tengku Ampuan aFZAN. Anak buah suami dimasukkan ke wad kerana mata dan kulit menjadi kuning. Selepas menziarah, aku meneruskan perjalanan.

Tiba di sebuah hentian, mata ku tertumpu pada sebuah mesin air Coca Cola yang tingginyahampir 6 kaki. Ada 3 0rang budak sedang melihat-lihat mesin itu. Tika itu, angka 2pH, dan kandungan gula serta kesan daripada air coca cola itu meresap ke dalam fikiran. Harap-harp mesin itu rosak.

Si bapa datang, cetek benar ilmu pengetahuan walaupun berkereta mewah! kata hatiku.

SYUKUR, MESIN ITU ROSAK..... tapi 4 beranak itu kelihatan amat kecewa.

Sunday, September 20, 2009


pH air Coca-Cola.

Agak lama aku tidak menulis dalam ruangan ini. Terlalu sibuk dengan rutin ramadhan. Hari ini kutemui fakta yang aku rasa PATUT dan WAJAR aku kongsikan pada semua. Penemuan tersebut adalah:

pH air Coca-cola adalah 2.
manakala
pH Beer adalah 2.5


jika anda ibu bapa.kakak, abang, adik atau sesiapa sahaja...adakah coca cola pilihan anda?

Friday, September 4, 2009

BENARLAH SEMUA DUGAANKU

Lewat jam 1030 pagi ini, kukongsikan ilmu bersama sekumpulan mereka meraka yang perlukan ilmu .Ilmu apakah itu?

Sesugguhnya selama ini kita buta,
atau kita sengaja membutakan mata,
fakta berita ditulis dan dibaca,
Tapi tidak satupun memasuki kepala.

Usia akan makin menziarahi tua,
Apa bekalan kita untuk masa tua,
Makanan yang ditelan kekalkah lama,
Minuman yang diteguk cukupkah menghilang dahaga.

Berada di kalangan yang mahu berjaya,
Berada di kalangan yang mahu ilmu di timba,
Berada di kalangan yang mahu berubah gaya mindanya,
Berada di kalangan yang menghargai setiap detik nyawa.

Ilmu itu pagar jiwa raga,
Pencari ilmu kecintaan yang Maha Esa,
Tapi kita sering lupa,
bangga pada jenama yang entah apa-apa,
Akhirnya siapa kaya?
Akhirnya siapa jadi mangsa.

Suara kecil ini makin bergema,
Nasihat dan pesanan takkan berhenti kujadikan nota kepada:
Saudara- saudara,
Saudari-saudari,
adik adik,
kakak-kakak,
nenek-nenek,
datuk-datuk.

Kamalia.
1.43 p.m
Kepala Batas

Monday, August 31, 2009

PENTINGNYA AIR PADA TUBUH.

Saya amat gemar bertanya dan mencari maklumat tentang peranan air dalam tubuh. Hasil daripada bacaan-bacaan saya dan setelah saya olah dengan pengetahuan sedia ada dalam perubatan herba, saya dapat simpulkan seperti berikut:
1. Tanah adalah medium alami yang mengandungi pelbagai mineral untuk tubuh. Ini kerana manusia dicipta dari Tanah.
2. Tanah mengandungi bahan bahan aktif yang amat diperlukan tubuh. lokasi tanah yang berbeza, kandungan tanah juga mempengaruhi kandungan bahan-bahan aktif dalam pokok-pokok herba.
3. Untuk mengambik produk herba, kita dinasihatkan meminum air yang banyak. Ini kerana herba itu sendiri mempunyai ciri panas, sejuk dan neutral. Contohnya, herba yang pahit rasanya serta mempunyai minyak arasi, adalah herba yang bersifat panas. Oleh itu, air amat penting untuk tubuh dalam usaha untuk menjadikan herba yang kita makan itu lebih berfungsi.
5. Sikap orang kita yang tidak suka meminum air putih.
6. Orang kita yang suka meminum air yang dididih. Akibatnya, badan kita yang mengandungi sel-sel hidup ( yang makan dan minum serta memerlukan nutrisi untuk bekerja) tidak dapat menerima zat yang sepatutnya.
7. Sikap kita, dan keengganan kita untuk mencari ilmu tentang pentingnya air pada tubuh, menyebabkan, tubuh yang menderita.
8. Tidak hairanlah jika, pusat Dialisis kerajaan dan swasta makin pesat dikunjungi oleh rakyat negara kita, puncanya kerana tidak minum air yang secukupnya, dan lebih merugikan, bila kita tidak tahu apa yang kita minum.
9. 80% tubuh adalah air.
10.85% peratus otak adalah air.
11. 75 peratus darah adalah air,
12. Banyak penyakit berpunca daripada sistema aliran darah yang tidak lancar.
13. Diet yang tidak seimbang.


JIKA HARI INI ANDA TIDAK MENGUBAH CARA MINUM ANDA, TIDAK BERUBAH KEPADA AIR YANG BENAR-BENAR DIPERLUKAN OLEH TUBUH...TIDAK HAIRANLAH, JIKAA 5 TAHUN DARI SEKARANG, ANDA AKAN MENJADI MEREKA-MEREKA YANG SEKARANG INI SEDANG BERATUR DAN MENUNGGU TEMU JANJI UNTUK MEMDAPATKAN UBAT BAGI TUBUH MEREKA. MUNGKIN ANDA CALON:
1. PESAKIT DARAH TINGGI
2.PESAKIT KENCING MANIS
3.PESAKIT GOUT.
4.PESAKIT BUAH PINGGANG
5.PESAKIT KANSER.

SAYA TIDAK MAMPU MENGUBAH APA-APA, KERANA :
HANYA ANDA SENDIRI YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA!
SIMPANAN ANDA MUNGKIN HABIS UNTUK MEMBAYAR UBAT TAHAN SAKIT, UBAT SAKIT SENDI, UBAT PENENANG.


PAYAH SANGATKAH UNTUK BERUBAH HARI INI, DEMI ZAMAN TUA YANG SIHAT.
ZAMAN TUA YANG SIHAT.
ZAMAN TUA UNTUK BERIBADAT.
ZAMAN TUA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANAK CUCU KITA.

SAYA AKAN TUA!
BEGITU JUGA ANDA!

mARILAH KITA MULAKAN LANGKAH.... MINUM AIR SECUKUPNYA DEMI TUBUH KITA.
jANGAN MINUM AIR RO, JANGAN MINUM AIR MINERAL...MINUMLAH AIR BERALKALI AGAR IMUNITI TUBUH MENCAPAI TAHAP MAKSIMUM.

bOLEH HUBUNGI SAYA JIKA ANDA PRIHATIN PADA TUBUH ANDA, TUBUH ORANG-ORANG YANG ANDA SAYANG.... 012 9699438

Wednesday, August 26, 2009

CIkgu Dikuarantin

"ADa guru dari SMK 12?" tanya pengawas peperiksaan.

Kami dalam dewan peperiksaan( kelas je) saling berpandangan. Berita kematian guru sekolah tersebut amat membimbangkan kami.

Sedang aku menjawab kertas P&P, salah seorang guru, meluru ke begnya di belakang kelas, dikeluarkannya sebungkus tisu.
" sreeeeeh" bunyi hinguslah menganggu tumpuan aku.
" sreeeeeeh" kali kedua hinguslah dikeluarkan.

Aku makin resah. Aku bongkokkan badan dan mengambil tisu di dalam beg tanganku.

Risau hatiku.

Keluar dari bilik peperiksaan, baru kami tahu ada seorang calon yang dikurantinkan, di sini.

Kenapa pesakit kronik ramai yang dijangkiti H1N1

Semalam, semasa menonton TV 9, saya terbaca data mengenai pesakit-pesakit H1N1. di antara mereka adalah penghidap penyakit kronik( mungkin kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, sebab tidak dinyatakan dengan jelas, ini andaian saya, kerana jumlah pesakit tersebut( kencing manis, darah tinggi dsgnya) makin bertambah di negara kita).

Kenapa?
Jawapannya, mungkin kerana golongan ini antibodinya sudah lemah.

Teringat saya pada ibu di kampung yang demam dan batuk-batuk.

Mengapakah ramai penduduk negara kita ramai yang mengidap penyakit-penyakit kronik tersebut?

JAWAPANNYA:
1. gaya diet. Makanan yang berlemak, berbahan pengawet, bahan perasa,racun serangga dll.
2. Kurangnya senaman yang konsisten. ( tanya diri kita, berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk bersenam)
3. Kurangnya kesedaran akan pengambilan suplement tambahan kepada tubuh.( orang kita terlalu berkira berbelanja untuk tubuh, tetapi tidak pada pakaian dan telefon).
4. Tabiat merokok.
5. Kurang minum air putih.
6. Pengambilan gula berlebihan. kafien, minuman 3in1.
7. Ubat tahan sakit.
8.Pencemaran udara dan air.
9. Stress.
10. Genetik.( bagi yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kronik, mereka seharusnya lebih menjaga gaya pemakanan dan gaya hidup.

Monday, August 24, 2009

Gejala-gejala darah berpH asid.

Kenapa darah kita cenderung berph asid? Persoalan akan saya kupas nanti. Sekarang mari kita lihat beberapa tanda yang menunjukkan darah kita berpH asid atau tidak.
* Kulit tidak bersinar
*Penyakit kaki kerana kuku air
*Cepat merasa penat setelah senaman ringan dan mengantuk setelah naik bas.
*Termengah-mengah setelah naik -turun tangga.
*Gemuk, perut buncit.
*lesu dan pergerakan perlahan
*kaki lutut dingin, bahu berat dan sukar tidur.

Dipetik dan diolah dari segi bahasa dari Iqbalputra.wordpress.com.
Ingat, keadaan tubuh yang berasid akan menyebabkan daya tahan tubuh menjadi menurun!
Jadi, apa tunggu lagi, mari kita cari punca kenapa darah berph yang berasid.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada pH darah yang berasid ialah:
1. Terlalu banyak minum susu, mentega atau keju.
2. Makanan berph asid seperti daging, keju telur.
3. Kehidupan yang tidak teratur.
4. Tekanan atau stress.

Jika kita mengambil terlalu banyak makanan berpH asid, menyebabkan pH darah asid dan kental, sehingga peredaran darah melalui pembuluh darah tidak lancar.

Saturday, August 22, 2009

pH Darah

"....Sebanyak 85% pasien penyakit kanker, darahnya menunjukkan ber-pH asam tinggi di dalam tubuhnya. Dalam kondisi darah dengan pH basa, sel kanker tak bisa tumbuh ataupun berkembang."

" Menurut penelitian yang dilakukan terhadap sample darah 600 orang pasien penyakit kanker, sebanyak 85% di antara mereka menunjukkan ber-pH asam yang tinggi."
( Iqbalputra.wordpress.com)

Terjemahan.
pasien- pesakit.
kanker-kanser.
asam-asid
basa- alkali.

Kesedaran kita tentang pentingnya menjaga kesihatan ,khususnya pH darah agak kurang. Diharapkan petikan-petikan daripada artikel yang saya baca sedikit sebanyak dapat menambah kesedaran dan ilmu kita tentang pentingnya mengubah cara makan dan minum kita ke arah hidup yang lebih sihat.

Bagi saya, masyarakat kita sejak dahulu lagi telah mengamalkan kehidupan sihat seperti banyak mengambil ulam mentah, minum air telaga dan mengamalkan senaman . Bahkan, kita tidak pernah menafikan bahawa gaya pemakanan , pencemaran ,stress,dan bahan perasa ,dewasa ini banyak menyumbang faktor terdedahnya kita kepada penyakit -penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan gout.

Amat penting untuk kita tahu. sejauhmana apa yang kita makan dan minum akan memberi sumbangan kepada tubuh kita atau sebaliknya.

Sekian.

Friday, August 21, 2009

FAEDAH MEMINUM AIR BERALKALI

Hasil tulisan ini adalah rujukan dan kajian penulis semata mata sebagai satu usaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan tentang fungsi air alkali dalam kehidupan.

Membaca adalah jambatan ilmu. Saya sebagai guru, setiap hari menekankan tentang pentingnya membaca kepada anak-anak murid saya. Raga bahan bacaan pasti akan saya sediakan untuk anak-anak murid saya.

Hanya dengan menekan apa sahaja perkataan atau frasa yang berlegar-legar dalam kepala kita, internet akan membentangkan seluas lautan ilmu. pilih sahaja bahasa-bahasa yang kita fahami. Pasti jawapan kepada semua persoalan akan tersedia!

Pertemuan saya dengan satu jenama sistem penapisa air, banyak membuat jari dan mata ini mencari-cari maklumat. Hari ini hanya dengan menekan frasa " air alkali" ini yang telah saya temui:

dari www.energiseforlife.com. menyatakan bahawa.
" water is widely accepted as one of the most important considerations when creating a healthy lifestyle"

Apakah air alkali menurut laman ini?

"alkaline water helps to neutralise acids and remove toxin from the body-it is a great cleanser and help to detoxify our system."

Kajian ini ditulis sekitar tahun 2006, iaitu 3 tahun kebelakang kita. Masyarakat asia terutama masyarakat Malaysia masih agak lewat dalam memperkatakan isu air. Hasilnya , kita menjadi mangsa ujian dan lambakan teknologi-teknologi lama tentang air. Haruskah kita menunggu? tidak bolehkah kita berubah? Tentu ramai yang sudah terlalu lama dimasukkan info tentang kebaikan air reverse osmosis,air mineral . Bacalah dan kajilah, KERANA, BUKAN TEKNOLOGI SAHAJA SEMAKIN CANGGIH ..TETAPI BEGITU JUGA DENGAN PENYAKIT!

Kenapa kita perlu bertukar kepada air beralkali.? Penat rasanya mulut ini jika setiap hari saya membujuk anda untuk bertukar kepada gaya hidup beralkali.

pH air yang terbaik adalah di antara 8 dan 9 .
" In order to hydrate your body optimally you need to drink water that is alkaline and mineral rich.Alkaline water helps to neutralise acids and remove toxin from the body. Alkaline water also acts as a conductor of electrochemichal activity from cell to cell. Ideally. water should have a pH between 8 and 9, and you should be drinking 3-4 litres of it daily.

Diharapakan info ini dapat menambah ilmu kita tentang pentingny air yang berkualiti untuk tubuh kita. Tambahan pula, pada bulan puasa ini, kita perlu mengambil air yang paling baik dan manfaat untuk tubuh.

" our bodies are 70 % water and our blood is 94% of water". (searchwrap.com)

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUNG.

Aku dilahirkan di sebuah kampung. Pada hari melihat anak bulan, biasanya semua orang kampung akan ke luar ke pekan kecil untuk makan-makan. Kami menamakan hari tersebut Hari Memegang.

Bulan puasa penuh dengan nostalgia. Menu berbuka, menu sahur, bunyi kalok(beduk) terlalu indah. Resepi berbuka yang paling unik ialah nasi ulam. Nasi ulam ni adalah campuran pelbagai jenis ulam dan pucuk-pucuk kayu. Sebaik-baiknya 7 jenis daun kayu digunakan. Di antara daun-daun untuk nasi ulam ialah, pucuk kadok, pucuk kesum,daun sekentut, daun asik-asik, daun cabang tiga, daun gajus, daun putat dan daun-daun ulam yang lain.

Daun-daun ini akan dihiris halus-halus, kemudian akan dicampur dengan bawang merah dan cili padi yang ditumbuk yang digaul bersama kerisek. Semua adunan ini akan digaul dengan nasi putih yang masih panas dan dihidang semasa berbuka.

Resepi nostalgia sahur pula;
1. telur hancur masak sambal.
2. masak lemak soohon dengan pucuk.
3.telur masin

Resepi sahur kegemaran sejak berkahwin.
1. Singgang ikan.
2. Sayur bening.
3. Sambal telur hancur.
4. Masak lemak telur mata (telur itik)
5.sambal belacan mesti ada tiap-tiap hari.
6. telur masin.
7. sayur goreng.
8. sup sayur.
9. masak lemak putih soohon.
10. buah-buahan.
11. Daging goreng bodo.( daging, bawang merah dan halia. digoreng. dicampur air sedikit sehingga empuk).
12. ayam atau ikan goreng.
13. air teh
14. air putih
15. kurma

Ramadhan, aku bersammu lagi

4 Ramadhan yang berlalu,
ku diuji Allah di sahara maha gersang,
Kurma yang kutelan kenyangnya sampai ke sahur.

Maha berat ujian tuhan,
Telinga pandang bertubi-tubi hentaman,
Namun kutongkatkan juga kudrat perempuan ini,
Makin kuat hentaman,makin dekat kupadaMu tuhan.

Ujian, dugaan mendewasakan.
Kesakitan kubalas dengan senyuman.
Ramadhan kubasahi linangan.

Ramadhan kau tiba lagi,
Kau rakamlah,
Jika aku leka,
Jika aku terlalu gembira,
Jika aku lena ,
Jika aku lupa,
palulah jiwa ini,
Ganggulah lena ini.

Kenangan ku bersamamu Ramadhan,
Kan kubingkaikan di album perasaan.



Kamalia,
10.12 a.m
22 Ogos 2009
Sunway

Wednesday, August 19, 2009

Antioksidan

Kita adalah pengguna yang menggunakan produk-produk yang dipasarkan dalam pasaran. Sebagai pengguna kita harus bijak. istilah antioksidan sering kali kita dengar di papan iklan serta iklan-iklan di televisyen.

Anda tahu apa itu Antioksidan?
Antioksidan adalah bahan ataupun khasiat makanan yang akan mengurangkan atau mengelakkan oksidasi disebabkan oleh radikal bebas. Ia( antioksidan) dalam makanan atau minuman yang kita ambil akan memberi perlindungan oksidasi kepadaa tubuh.

Antioksidan bersumberkan makanan seperti Vitamin C,E, Betakarotin, selenium, ion hidrogen akan meneutralkan dan menjadikan radikal bebas tidak merbahaya kepada tubuh.

Menurut Persatuan Diatetik Amerika, antioksidan berperanan dalam meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan risiko jangkitan barah.

Antioksidan jua dikaitkan dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan memperlambatkan penuaan. Sayur, buah dan ulam-ulaman memang sudah sinonim dengan konsep awet tua di negara kita.

Apa yang berlaku di dalam tubuh jauh dari jangkauan pandangan kita. Hanya tuhan yang mengetahui. Dan setiap apa yang dicipta secara alami telah mempunyai khasiat pada tubuh.

Pencemaran, bahan perasa, bahan pengawet, racun serangga dan pelbagai bahan kimia dewasa ini menyebabkan tubuh semakin lemah melawan penyakit. Jadi ubahlah gaya pemakanan dan gaya hidup kita. Anda mampu mengubahnya!