Saya amat gemar bertanya dan mencari maklumat tentang peranan air dalam tubuh. Hasil daripada bacaan-bacaan saya dan setelah saya olah dengan pengetahuan sedia ada dalam perubatan herba, saya dapat simpulkan seperti berikut:
1. Tanah adalah medium alami yang mengandungi pelbagai mineral untuk tubuh. Ini kerana manusia dicipta dari Tanah.
2. Tanah mengandungi bahan bahan aktif yang amat diperlukan tubuh. lokasi tanah yang berbeza, kandungan tanah juga mempengaruhi kandungan bahan-bahan aktif dalam pokok-pokok herba.
3. Untuk mengambik produk herba, kita dinasihatkan meminum air yang banyak. Ini kerana herba itu sendiri mempunyai ciri panas, sejuk dan neutral. Contohnya, herba yang pahit rasanya serta mempunyai minyak arasi, adalah herba yang bersifat panas. Oleh itu, air amat penting untuk tubuh dalam usaha untuk menjadikan herba yang kita makan itu lebih berfungsi.
5. Sikap orang kita yang tidak suka meminum air putih.
6. Orang kita yang suka meminum air yang dididih. Akibatnya, badan kita yang mengandungi sel-sel hidup ( yang makan dan minum serta memerlukan nutrisi untuk bekerja) tidak dapat menerima zat yang sepatutnya.
7. Sikap kita, dan keengganan kita untuk mencari ilmu tentang pentingnya air pada tubuh, menyebabkan, tubuh yang menderita.
8. Tidak hairanlah jika, pusat Dialisis kerajaan dan swasta makin pesat dikunjungi oleh rakyat negara kita, puncanya kerana tidak minum air yang secukupnya, dan lebih merugikan, bila kita tidak tahu apa yang kita minum.
9. 80% tubuh adalah air.
10.85% peratus otak adalah air.
11. 75 peratus darah adalah air,
12. Banyak penyakit berpunca daripada sistema aliran darah yang tidak lancar.
13. Diet yang tidak seimbang.
JIKA HARI INI ANDA TIDAK MENGUBAH CARA MINUM ANDA, TIDAK BERUBAH KEPADA AIR YANG BENAR-BENAR DIPERLUKAN OLEH TUBUH...TIDAK HAIRANLAH, JIKAA 5 TAHUN DARI SEKARANG, ANDA AKAN MENJADI MEREKA-MEREKA YANG SEKARANG INI SEDANG BERATUR DAN MENUNGGU TEMU JANJI UNTUK MEMDAPATKAN UBAT BAGI TUBUH MEREKA. MUNGKIN ANDA CALON:
1. PESAKIT DARAH TINGGI
2.PESAKIT KENCING MANIS
3.PESAKIT GOUT.
4.PESAKIT BUAH PINGGANG
5.PESAKIT KANSER.
SAYA TIDAK MAMPU MENGUBAH APA-APA, KERANA :
HANYA ANDA SENDIRI YANG MAMPU MENGUBAH HIDUP ANDA!
SIMPANAN ANDA MUNGKIN HABIS UNTUK MEMBAYAR UBAT TAHAN SAKIT, UBAT SAKIT SENDI, UBAT PENENANG.
PAYAH SANGATKAH UNTUK BERUBAH HARI INI, DEMI ZAMAN TUA YANG SIHAT.
ZAMAN TUA YANG SIHAT.
ZAMAN TUA UNTUK BERIBADAT.
ZAMAN TUA UNTUK MELIHAT KEJAYAAN ANAK CUCU KITA.
SAYA AKAN TUA!
BEGITU JUGA ANDA!
mARILAH KITA MULAKAN LANGKAH.... MINUM AIR SECUKUPNYA DEMI TUBUH KITA.
jANGAN MINUM AIR RO, JANGAN MINUM AIR MINERAL...MINUMLAH AIR BERALKALI AGAR IMUNITI TUBUH MENCAPAI TAHAP MAKSIMUM.
bOLEH HUBUNGI SAYA JIKA ANDA PRIHATIN PADA TUBUH ANDA, TUBUH ORANG-ORANG YANG ANDA SAYANG.... 012 9699438
Monday, August 31, 2009
Wednesday, August 26, 2009
CIkgu Dikuarantin
"ADa guru dari SMK 12?" tanya pengawas peperiksaan.
Kami dalam dewan peperiksaan( kelas je) saling berpandangan. Berita kematian guru sekolah tersebut amat membimbangkan kami.
Sedang aku menjawab kertas P&P, salah seorang guru, meluru ke begnya di belakang kelas, dikeluarkannya sebungkus tisu.
" sreeeeeh" bunyi hinguslah menganggu tumpuan aku.
" sreeeeeeh" kali kedua hinguslah dikeluarkan.
Aku makin resah. Aku bongkokkan badan dan mengambil tisu di dalam beg tanganku.
Risau hatiku.
Keluar dari bilik peperiksaan, baru kami tahu ada seorang calon yang dikurantinkan, di sini.

Kenapa pesakit kronik ramai yang dijangkiti H1N1
Semalam, semasa menonton TV 9, saya terbaca data mengenai pesakit-pesakit H1N1. di antara mereka adalah penghidap penyakit kronik( mungkin kencing manis, darah tinggi dan sebagainya, sebab tidak dinyatakan dengan jelas, ini andaian saya, kerana jumlah pesakit tersebut( kencing manis, darah tinggi dsgnya) makin bertambah di negara kita).
Kenapa?
Jawapannya, mungkin kerana golongan ini antibodinya sudah lemah.
Teringat saya pada ibu di kampung yang demam dan batuk-batuk.
Mengapakah ramai penduduk negara kita ramai yang mengidap penyakit-penyakit kronik tersebut?
JAWAPANNYA:
1. gaya diet. Makanan yang berlemak, berbahan pengawet, bahan perasa,racun serangga dll.
2. Kurangnya senaman yang konsisten. ( tanya diri kita, berapa banyak masa yang diperuntukkan untuk bersenam)
3. Kurangnya kesedaran akan pengambilan suplement tambahan kepada tubuh.( orang kita terlalu berkira berbelanja untuk tubuh, tetapi tidak pada pakaian dan telefon).
4. Tabiat merokok.
5. Kurang minum air putih.
6. Pengambilan gula berlebihan. kafien, minuman 3in1.
7. Ubat tahan sakit.
8.Pencemaran udara dan air.
9. Stress.
10. Genetik.( bagi yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kronik, mereka seharusnya lebih menjaga gaya pemakanan dan gaya hidup.

Monday, August 24, 2009
Gejala-gejala darah berpH asid.
Kenapa darah kita cenderung berph asid? Persoalan akan saya kupas nanti. Sekarang mari kita lihat beberapa tanda yang menunjukkan darah kita berpH asid atau tidak.
* Kulit tidak bersinar
*Penyakit kaki kerana kuku air
*Cepat merasa penat setelah senaman ringan dan mengantuk setelah naik bas.
*Termengah-mengah setelah naik -turun tangga.
*Gemuk, perut buncit.
*lesu dan pergerakan perlahan
*kaki lutut dingin, bahu berat dan sukar tidur.
Dipetik dan diolah dari segi bahasa dari Iqbalputra.wordpress.com.
Ingat, keadaan tubuh yang berasid akan menyebabkan daya tahan tubuh menjadi menurun!
Jadi, apa tunggu lagi, mari kita cari punca kenapa darah berph yang berasid.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada pH darah yang berasid ialah:
1. Terlalu banyak minum susu, mentega atau keju.
2. Makanan berph asid seperti daging, keju telur.
3. Kehidupan yang tidak teratur.
4. Tekanan atau stress.
Jika kita mengambil terlalu banyak makanan berpH asid, menyebabkan pH darah asid dan kental, sehingga peredaran darah melalui pembuluh darah tidak lancar.

Saturday, August 22, 2009
pH Darah
"....Sebanyak 85% pasien penyakit kanker, darahnya menunjukkan ber-pH asam tinggi di dalam tubuhnya. Dalam kondisi darah dengan pH basa, sel kanker tak bisa tumbuh ataupun berkembang."
" Menurut penelitian yang dilakukan terhadap sample darah 600 orang pasien penyakit kanker, sebanyak 85% di antara mereka menunjukkan ber-pH asam yang tinggi."
( Iqbalputra.wordpress.com)
Terjemahan.
pasien- pesakit.
kanker-kanser.
asam-asid
basa- alkali.
Kesedaran kita tentang pentingnya menjaga kesihatan ,khususnya pH darah agak kurang. Diharapkan petikan-petikan daripada artikel yang saya baca sedikit sebanyak dapat menambah kesedaran dan ilmu kita tentang pentingnya mengubah cara makan dan minum kita ke arah hidup yang lebih sihat.
Bagi saya, masyarakat kita sejak dahulu lagi telah mengamalkan kehidupan sihat seperti banyak mengambil ulam mentah, minum air telaga dan mengamalkan senaman . Bahkan, kita tidak pernah menafikan bahawa gaya pemakanan , pencemaran ,stress,dan bahan perasa ,dewasa ini banyak menyumbang faktor terdedahnya kita kepada penyakit -penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan gout.
Amat penting untuk kita tahu. sejauhmana apa yang kita makan dan minum akan memberi sumbangan kepada tubuh kita atau sebaliknya.
Sekian.

Friday, August 21, 2009
FAEDAH MEMINUM AIR BERALKALI
Hasil tulisan ini adalah rujukan dan kajian penulis semata mata sebagai satu usaha untuk menambah ilmu dan pengetahuan tentang fungsi air alkali dalam kehidupan.
Membaca adalah jambatan ilmu. Saya sebagai guru, setiap hari menekankan tentang pentingnya membaca kepada anak-anak murid saya. Raga bahan bacaan pasti akan saya sediakan untuk anak-anak murid saya.
Hanya dengan menekan apa sahaja perkataan atau frasa yang berlegar-legar dalam kepala kita, internet akan membentangkan seluas lautan ilmu. pilih sahaja bahasa-bahasa yang kita fahami. Pasti jawapan kepada semua persoalan akan tersedia!
Pertemuan saya dengan satu jenama sistem penapisa air, banyak membuat jari dan mata ini mencari-cari maklumat. Hari ini hanya dengan menekan frasa " air alkali" ini yang telah saya temui:
dari www.energiseforlife.com. menyatakan bahawa.
" water is widely accepted as one of the most important considerations when creating a healthy lifestyle"
Apakah air alkali menurut laman ini?
"alkaline water helps to neutralise acids and remove toxin from the body-it is a great cleanser and help to detoxify our system."
Kajian ini ditulis sekitar tahun 2006, iaitu 3 tahun kebelakang kita. Masyarakat asia terutama masyarakat Malaysia masih agak lewat dalam memperkatakan isu air. Hasilnya , kita menjadi mangsa ujian dan lambakan teknologi-teknologi lama tentang air. Haruskah kita menunggu? tidak bolehkah kita berubah? Tentu ramai yang sudah terlalu lama dimasukkan info tentang kebaikan air reverse osmosis,air mineral . Bacalah dan kajilah, KERANA, BUKAN TEKNOLOGI SAHAJA SEMAKIN CANGGIH ..TETAPI BEGITU JUGA DENGAN PENYAKIT!
Kenapa kita perlu bertukar kepada air beralkali.? Penat rasanya mulut ini jika setiap hari saya membujuk anda untuk bertukar kepada gaya hidup beralkali.
pH air yang terbaik adalah di antara 8 dan 9 .
" In order to hydrate your body optimally you need to drink water that is alkaline and mineral rich.Alkaline water helps to neutralise acids and remove toxin from the body. Alkaline water also acts as a conductor of electrochemichal activity from cell to cell. Ideally. water should have a pH between 8 and 9, and you should be drinking 3-4 litres of it daily.
Diharapakan info ini dapat menambah ilmu kita tentang pentingny air yang berkualiti untuk tubuh kita. Tambahan pula, pada bulan puasa ini, kita perlu mengambil air yang paling baik dan manfaat untuk tubuh.
" our bodies are 70 % water and our blood is 94% of water". (searchwrap.com)

KENANGAN BERPUASA DI KAMPUNG.
Aku dilahirkan di sebuah kampung. Pada hari melihat anak bulan, biasanya semua orang kampung akan ke luar ke pekan kecil untuk makan-makan. Kami menamakan hari tersebut Hari Memegang.
Bulan puasa penuh dengan nostalgia. Menu berbuka, menu sahur, bunyi kalok(beduk) terlalu indah. Resepi berbuka yang paling unik ialah nasi ulam. Nasi ulam ni adalah campuran pelbagai jenis ulam dan pucuk-pucuk kayu. Sebaik-baiknya 7 jenis daun kayu digunakan. Di antara daun-daun untuk nasi ulam ialah, pucuk kadok, pucuk kesum,daun sekentut, daun asik-asik, daun cabang tiga, daun gajus, daun putat dan daun-daun ulam yang lain.
Daun-daun ini akan dihiris halus-halus, kemudian akan dicampur dengan bawang merah dan cili padi yang ditumbuk yang digaul bersama kerisek. Semua adunan ini akan digaul dengan nasi putih yang masih panas dan dihidang semasa berbuka.
Resepi nostalgia sahur pula;
1. telur hancur masak sambal.
2. masak lemak soohon dengan pucuk.
3.telur masin
Resepi sahur kegemaran sejak berkahwin.
1. Singgang ikan.
2. Sayur bening.
3. Sambal telur hancur.
4. Masak lemak telur mata (telur itik)
5.sambal belacan mesti ada tiap-tiap hari.
6. telur masin.
7. sayur goreng.
8. sup sayur.
9. masak lemak putih soohon.
10. buah-buahan.
11. Daging goreng bodo.( daging, bawang merah dan halia. digoreng. dicampur air sedikit sehingga empuk).
12. ayam atau ikan goreng.
13. air teh
14. air putih
15. kurma

Ramadhan, aku bersammu lagi
4 Ramadhan yang berlalu,
ku diuji Allah di sahara maha gersang,
Kurma yang kutelan kenyangnya sampai ke sahur.
Maha berat ujian tuhan,
Telinga pandang bertubi-tubi hentaman,
Namun kutongkatkan juga kudrat perempuan ini,
Makin kuat hentaman,makin dekat kupadaMu tuhan.
Ujian, dugaan mendewasakan.
Kesakitan kubalas dengan senyuman.
Ramadhan kubasahi linangan.
Ramadhan kau tiba lagi,
Kau rakamlah,
Jika aku leka,
Jika aku terlalu gembira,
Jika aku lena ,
Jika aku lupa,
palulah jiwa ini,
Ganggulah lena ini.
Kenangan ku bersamamu Ramadhan,
Kan kubingkaikan di album perasaan.
Kamalia,
10.12 a.m
22 Ogos 2009
Sunway

Wednesday, August 19, 2009
Antioksidan
Kita adalah pengguna yang menggunakan produk-produk yang dipasarkan dalam pasaran. Sebagai pengguna kita harus bijak. istilah antioksidan sering kali kita dengar di papan iklan serta iklan-iklan di televisyen.
Anda tahu apa itu Antioksidan?
Antioksidan adalah bahan ataupun khasiat makanan yang akan mengurangkan atau mengelakkan oksidasi disebabkan oleh radikal bebas. Ia( antioksidan) dalam makanan atau minuman yang kita ambil akan memberi perlindungan oksidasi kepadaa tubuh.
Antioksidan bersumberkan makanan seperti Vitamin C,E, Betakarotin, selenium, ion hidrogen akan meneutralkan dan menjadikan radikal bebas tidak merbahaya kepada tubuh.
Menurut Persatuan Diatetik Amerika, antioksidan berperanan dalam meningkatkan fungsi imun dan mengurangkan risiko jangkitan barah.
Antioksidan jua dikaitkan dengan penuaan. Makanan yang kaya dengan antioksidan akan memperlambatkan penuaan. Sayur, buah dan ulam-ulaman memang sudah sinonim dengan konsep awet tua di negara kita.
Apa yang berlaku di dalam tubuh jauh dari jangkauan pandangan kita. Hanya tuhan yang mengetahui. Dan setiap apa yang dicipta secara alami telah mempunyai khasiat pada tubuh.
Pencemaran, bahan perasa, bahan pengawet, racun serangga dan pelbagai bahan kimia dewasa ini menyebabkan tubuh semakin lemah melawan penyakit. Jadi ubahlah gaya pemakanan dan gaya hidup kita. Anda mampu mengubahnya!

Mesyuarat Agung Persatuan Herbalis Lembah Klang 2009
SENYUM JE LAH!
TERASA NAK TERSENYUM LAH PULAK.
Terima kasih pada yang sudi menjengok ke blog ini.....
Dah penat baca kan?
Seorang rakan ada berkata, " blog kau tu, mestilah ada gambar, kalau tak orang bosan."
Mari kita tersenyum kerana, senyuman dapat menhindarkan sel-sel kanser yang sedia ada dalam tubuh kita daripada menjadi aktif. Jadi...senyum sokmo wei!
WARNING SIGNS! seek emergency medical care.
In Children,emergency warning signs that need urgent medical attention include:
- Fast breaathing or trouble breathing.
- Bluish or grey skin colour.
- Not drinking enough fluids.
- Severe or persistent vomiting.
- Not waking up or not interacting.
- Irritable and refuse to be held.
- Flu-like symptoms improve but return with fever and worse cough.
In adults, emergency warning signs that need urgent medical attention include.
. Diffilculty breathing or shortness of breath.
. Pain or pressure in the chest or abdomen.
.Sudden dizziness.
.Confusion.
.Severe or persistent vomiting.
Flu-like symptoms improve but return with fever and worse cough.
Tuesday, August 18, 2009
Potensial Hidrogen (pH)
Apakah itu pH. Apa kaitan pH dalam tubuh kita dengan penyakit? Bagaimana kita boleh mengukur pH dalam badan?
pH beerti Potensial Hidrogen atau derajat keasaman( darjah atau tingkat keasidan). pH digunakan untuk mengukur keseimbangan asam basa dalam tubuh. Makin tinggi pH, maka zat itu makin bersifat basa dann kaya oksigen. Makin bersifat asam maka makin sedikit oksigen.(situslink.com)
basa bermaksud alkali.
asam adalah asid atau keasidan atau tahap keasidan.
Kenapa artikel ini saya tulis. pH tubuh amat penting dalam melawan penyakit seperti demam, batuk dan selsema. pemakanan dan pengambilan minuman yang betul adalah cara terbaik untuk menjauhkan diri dari penyakit. Sila rujuk, catatan sebelum ini tentang makanan yang mengandungi alkali.
Ingat, pemakanan yang paling baik untuk mengimbangkan pH tubuh ialah 60 peratus basa dan 40 peratus asam.
Basa= alkali
Asam= asid.
Rugilah jika hanya kerana gaya diet kita dan kurangnya pengambilan minuman yang berkualiti menyebabkan kita sakit. tq

Buat Teman
Pernah hadir seorang teman,
Teman antara teman-teman.
Teman itu kesepian,
Kesepian seperti mereka-mereka yang kesepian.
Kesepian yang makin menekan,
Menekan setiap ekor pandangan.
Pandangan dari seorang teman,
Teman yang memandang dari kejauhan.
Kejauhan yang menjauhkan ,
Menjauhlah kejauhan.
Kejauhan yang menjauh ini,
Kudoakan kau, tidak lagi sepi.
Kamalia,
00.19
19.Ogos

SIMPTOM-SIMPTOM YANG SAMA
Hari ini ku datang awal ke sekolah untuk memasukkan markah. Badan masih lemah, lenguh dan sengal-sengal terutama pada sendi-sendi. Bahagian belakang terasa mencucuk-cucuk sakitnya.
Badan begitu cepat terasa haus. Perut juga begitu cepat lapar. Apakah yang berlaku dalam tubuhku ini. Tanda-tanda ini sama sahaja dengan beberapa orang rakanku.
Apabila ubat masuk sahaja kedalam tubuh, badan akan menjadi lemah. Sebaiknya berbaring sahaja. Lena pula akan diulit dengan mimpi-mimpi yang melekakan. Teringat aku ada satu kuliah di Sungai Petani mengenai halunisasi. Halunisasi akan berlaku jika tubuh terdedah pada pencemaran.
Pelik benar lena-lenaku kebelakangan ini. Kubermimpi sesuatu yang dahsyat. Terjaga sahaja, badan jadi amat lemah. Apalah yang sedang sel-sel dalam tubuhku ini sedang alami.
Kerisauan makin merisaukan! Namun, tugas harus dilaksanakan

Golongan Berisiko
Tiada sebarang kenyataan tentang tempat-tempat berisiko Influenza A H1N1, tapi kita fikirlah sendiri, di manakah yang ada ramai orang!
Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa berhadapan dengan ramai orang! Di sekolah misalnya, gurupun dah ramai yang demam, pening dan lenguh-lenguh.
Di mana-mana pun risikonya ada!
Bagaimana pula pekerja hospital?
Kelakar juga mengajar hampir 5 kelas sehari dengan memakai topeng muka.
Bertemu kenalan, bertegur sapa gunakan mata.
Kata temanku padaku:
"Midah, kau pakai makeup dari pipi ke atas je lah, jimat!"
Kadang-kadang tu rasa macam doktor pulak!
"ya, doktor , bagaimana dengan pesakit kita hari ini?"
Lemas juga bertopeng,
Lagi lemas bila terpaksa hidu bau nafas sendiri.
Tapi apa daya, kamilah (para guru) yang berisiko!

Monday, August 17, 2009
Cerita dalam....
Tubuh ini makin lemah,
Sendi-sendi bagai diperah,
Apakah cerita yang berlaku di dalam.....
Fikiran memungkinkan segala kemungkinan,
Akukah antara 7 juta angka jangkitan?
Kamalia
8.39p.m
Sunway
18 Ogos

Mari amalkan menu sihat.
Sebelum ini saya telah senaraikan makanan yang mengandungi asid dan alkali.
JADI...rugilah jika kita tidak mempraktikkan ilmu yang diperolehi.

Mulalah membuat jus buah tanpa memasukkan gula, gantikan gula dengan madu.Gunakan 3, 5, 7 jenis buah.
Selamat mencuba!
Sunday, August 16, 2009
ALKALINE-FORMING FOODS
Avocados
Corn
Dates
Fresh Coconut
Fresh fruits(most)
Fresh vegetables(most)
Honey
Mapple syrup
Molasses
Raisins
Soy products
Corn
Dates
Fresh Coconut
Fresh fruits(most)
Fresh vegetables(most)
Honey
Mapple syrup
Molasses
Raisins
Soy products
ACID-FORMING FOODS
Acid -Forming Foods.(pg87,Nutritional Healing, Scd. Edition)
Alkohol
Asparagus
Beans
Brussels sprout
Catsup
Chicpeas
Cocoa
Coffe
Constarch
Cranberries
Eggs
Fish
Flour;flour based products
legumes
Lentils
Meat
Milk
Mustard
Noodles
Oatmel
Olives
Organ meats
Pasta
Pepper
Plumps
Poultry
Prunes
Shellfish
Sauerkraut
Sotf drinks
Sugar;all food with sugar added
Tea
Vinegar
Aspirin, tobacco, and most drugs are also acid forming.

Saturday, August 15, 2009
ACIDOSIS
Acidosis is acondition in which body chemistry becomes imbalanced and overly acidic.(Presription for Nutrional Healing Second Edition, ms 87)
Tanda-tanda asidosis berlaku pada tubuh adalah; frequent sighing, insomnia, water retention, recessed eyes, rheumatoid arthritis, migrain headaches, abnormally low blood pressure, dry hand stools...diarrhea, diffilcuty swallowing, burning in the mouthand/or under the tounge, sensitivity of the teeth to vinegar and acidic fruits, and bump on the tounge or the roof of the mouth.
Banyak tanda-tanda seperti di atas ditanya oleh doktor semasa di hospital tadi. Ini kerana tubuh kita akan memberi isyarat atau tanda jika ada sesuatu yang berlaku di dalam tubuh.
Jadi untuk menjadikan tubuh kita seimbang, you should alter your diet to help bring your body into the normal range.

Mari sama-sama KAYA
Jumaat, 14 Ogos yang lalu, dengan berbekalkan semangat kugagahi juga ke pusat jualan BioCera. Aku perlu bangkit. Perkataan pertama yang aku keluarkan selepas Mr. Sun dan aku memperkenalkan diri ialah: "please explain to me...how can me make money from Biocera water filter"
Sebenarnya aku agak marah dengan beberapa rakan yang begitu takut hampir denganku setelah tahu aku telah menyertai sebuah syarikat MLM. Jadi akan kubuktikan bahawa, jikan kita ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk membuka peluang, pasti usaha kita dipermudahkan.
Dalam penerangan itu, aku mulai nampak bagaimana dengan hanya membeli satu sistem penapis air beralkali kita dapat menjana semula wang yang kita keluarkan sambil dalam masa yang sama dapat berniaga serta menambah dan berkongsi ilmu mengenai air dalam kesihatan.Sesiapa yang bimbang aku atau upline aku akan kaya, ini yang ingin ku katakan....APA KATA MARI KITA SAMA-SAMA KAYA!
Badan ini mungkin lemah, tapi tidak semangat ini. Jika nak kaya hubungi saya. Saya akan tunjuk cara.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Hampir 2 jm aku di ppum. Ramai benar yang lenguh-lenguh sepertiku. Ubat yang sama doktor beri, diambil didalam wad pemeriksaan tanpa perlu ke kaunter farmasi. Aku hanya perlu mengambil antibiotik di kaunter farmasi.
Sepanjang berada di sana , aku berkenalan dengan beberapa orang. Seorang kakak dari Kerinchi bertanya padaku mengenai topeng muka. Dia agak sedih kerana topeng muka tidak diberi sepanjang menunggu untuk dirawat. "kerajaan tak sayang rakyat" antara patah-patah kata yang dapat kutuliskan. Banyak juga yang dibebelkannya.
Seorang lagi kenalan memberitahuku bahawa, harga topeng muka dijual sesuka hati. Katanya, dia pernah membeli sekeping topeng muka dengan harga rm5.00. Perbualan kami berterusan hinggalah terkeluar frasa tanggungjawab sosial dari pihak kerajaan, NGo dan pihak swasta.
Jika semua pihak dengan ikhlas menyumbang topeng muka ditempat-tempat yang padat seperti hentian bas, sekolah dan hospital, sudah tentu sedikit sebanyak penularan virus dapat dibendung.
Ini baru sedikit keluhan. Bagaimana dengan mereka yang tidak mampu serta mempunyai anak yang ramai. RM1.00 cukup mahal bagi saya bagi sekeping topeng muka berkain lembut.

Friday, August 14, 2009
Aku kat PPUM
pagi tadi sangkaku demamku makin berkurang. Pinggan yang penuh sinki aku bersihkan. Tak sampai 2 minit badanku mulai lenguh san sakit sakit, terutama di bahagian-bahagian sendi. Kuteruskan jga mencuci. Mee goreng , teh o madu siap juga aku sediakan.
Kuterpa naik ke atas. Kubaringkan tubuh. Kepenatan menyelimuti.
Aku perlu ke hospital.
11.50 aku sampai ke pppum. Ramai benar yang ,menunggu untuk pendaftaran. Akan kumaklumkan kelak apa kata doktor... daa

Subscribe to:
Posts (Atom)